CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Sabtu, 6 Ogos 2011

orang bukan agama ISLAM pun tahu, aku mendengarnya terkedu.

assalamualaikum, selamat pagi.
alhamdulillah, di pagi hari Allah masih memberi kita pinjaman untuk hidup di muka bumi ini dengan dapat berpuasa yang sudah masuk hari yang ke-6. semoga puasa kita diberkati dan segala amalan diterima. amin. :)

apa kena mengena dengan tajuk entry aku ' orang bukan agama ISLAM pun tahu, aku sendiri yang terMALU? ' . oke, semalam kat tempat kerja aku #jangan tanya aku kerja kat mana. ada sorang auntie ni aku kagum sangat dengan dia. yela, mana tidaknya aku boleh kagum dengan dia sebab dia sendiri pun tahu hormat orang islam yang sedang berpuasa. how to say? dia nak makan, nak minum siap nak makan sorok-sorok lagi semata-mata nak hormat orang yang sedang berpuasa. aku sendiri tengok pun termalu.

ada pula satu masa tu, dia rajin tanya
'selalu awak bangun sahur pukul berapa',
'tahan ke perut awak tak makan maa',

kekadang aunty tu sendiri yang nasihatkan kat orang yang tetiba sedang marah-2,
'eh, awak kan puasa. tak boleh marah-2 maa. nanti batal puasa awak'

ouhh, aku sendiri dengar malu beb! yelaa, kita mana laa boleh nak marah-2 time bulan puasa cenggini. nak tak nak kita kena laaa tahan marah kita tu dengan sabar. ni tak main pakai lepas jee marah kita tu memang yelaa batal puasa kita. tengok sendiri aunty tu sendiri pun tahu, yang kita ni apa tahu?

and ada lagi satu keadaan tu, de akak2 tempat kerja aku terlepas untuk nak bersahur(semalam), sebab tak sedar bunyi jam and bila daa lepas azan subuh dia tak sempat nak niat pada sebelumnya. akak ni cerita heboh bagitahu yang dia tak puasa hari tu dekat orang lain, kebetulan aunty tu ada di depan dia.

and aunty tu pun berkata,
'awak tak puasa ke? tak malu ke dengan orang yang berpuasa? kenapa awak tak bangun sahur? '
and akak tu terus terdiam sendiri. and aku pula yang kena tolong menjawabkan persoalan tu aunty tu.

haa! tahu pun malu sendiri.
kalau yee pun tak puasa, tak payah laa cerita segala bagai heboh. kan daa malu. pape pun aku sendiri salute dengan aunty tu. even dia bukan beragama ISLAM tapi dia tahu hormat orang, tahu apa itu puasa, dan pula juga dia tahu apa itu maksud dosa. haish,=,=.

p/s: kesian kat akak tu terkulat-kulat nak jawab soalan aunty tu. aku kat sebelahnya, hanya mampu tersenyum. jadi laa sebagai pengajaran. :)



Khamis, 4 Ogos 2011

teringat saat-2 berpuasa di perantauan

assalamualaikum, selamat pagi :).
auww, cuaca pada pagi khamis agak mendung hujan renyai-2. kalau layan tidur ni, mesti sampai esok pagi tak bangun. haha. alhamdulillah, daa masuk puasa hari yang ke-4 dalam bulan Ramadhan ni. semoga puasa kita sama-sama diberkati dan dirahmati. pejam celik, pejam celik sekejap jee nanti bulan Ramadhan berlalu tanapa kita sedari then raya. *memang no 1.

masa bulan-2 puasa cenggini, tetiba buat aku teringat saat-saat aku berpuasa di perantauan dulu aka berpuasa di tempat orang laaa. sumpah ! aku #rindu sangat nak berpuasa di tempat orang. dulu aku berpuasa di tempat orang, dapat laaa merasai berpuasa dengan kengkawan. apa lagi dengan budak-budak housemate aku sewaktu aku masih menjadi student lagi.

bangun awal-awal pagi, sahur sama-sama. lepas tu pergi kelas macam biasa,then lepas habis kelas kelas waktu petang terus pergi bazar Ramadhan dekat dengan sekitar kawasan rumah sewa dulu. time tu laa beli makanan semua ikut nafsu. nak makan itu,nak beli ini. hahai, mamcam-macam.


bila time berbuka, buka sama-2. last2, makanan yang dibeli tak habis sebab tamak haloba sangat.


huuu, rindu sesangat dengan semua tu. sekarang ni bila daa habis belajar, daa tak ada laa nak merasainya lagi. balik kampung, berpuasa dengan family jee laa.

p/s: masih rasa terngiang-ngiang akan masa itu ! :)


Selasa, 2 Ogos 2011

gathering blogger JB buat aku pengsan !

assalamualaikum, selamat pagi readers !
yeah ! macam biasa lama tak hupdate kerana line beberukband jenama Celcom kepunyaan aku nih terlalu cepat sangat sampai-2 buat aku hangin satu badan.

hari Ahad bersamaan 31/7/2011, aku sempat join gathering blogger JB bertempat di La Stella Water Themepark Starhill Golf & Country Club. yang dianjurkan oleh incik Taufan bin Ribut bersama blogger otai-2 JB yang lain.

1st time join event yang camni. serius aku cakap, memang the best gathering JB ni. terbaik sampai LEBAM weyh ! daripada aku menaip panjang lebar, baik korang cuci mata korang segala picture yang aku ciplak dari album group Johor Bloggers.



bila daa nampak air yang bagai memanggil-manggil untuk kami masuk berendam bagai badak air di dalam sumurnya, dengan gelojohnya mempersembahkan.


paling terbaik yang aku suka sangat antara segala picture ni



sebab incik Taufan bin Ribut macam auww,auww sekali pandang dari depan, kiri, kanan, atas, atas dan tak kira sisi lain. #maaf, cik topan sebab kelakar.

dah penat bermandi manda, diteruskan dengan ice breaking dan sesi berfoto2. semasa dalam ice breaking tu, baru laa geng2 JB berkenalan antara satu sama lain. berkongsi ilmu, tentang blog masing2 and the best dapat ilmu berblog dari blogger otai macam kak Mialiana.




dan memperkenalkan

geng kecantikan

geng kekacakkan

dan tuan punya blog anak kepada Puan Rahmah. *tempek sebesar sesuka hati.

credit to Incik Topan.

p/s: yeahh, gathering ni buat aku pengsan sebab aku daa kepenatan melampau laa ! aku rasa aku orang terakhir kot antara mereka yang post entry nih. :) terima kasih kalian, kalian adalah yang terbaik sampai LEBAM !

UPDATE !
p/s: korang juga boleh singgah membaca tentang gathering blogger JB menjelang puasa di blog blogger2 yang join click sini.