CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Jumaat, 24 Jun 2011

BEWARE ! sila baca ini !

assalamualaikum, hye peeps !
selamat pagi :)
alhamdulillah, blog aku daa kembali kepada sediakala. semalam blog ni jadi tunggang terbalik macam puting beliung digodek sama aku. gatal sangat tangan tekan entah pape sampai terpaksa diprivatekan sementara atas sebab-sebab tertentu. padan muka aku. *nada saja nak menunjukkan muka simpati. lupakan !

oke, tadi aku check emel aku. tetiba aku dapat 1 emel dari kawan aku. aku rasa mybe de yang daa tahu. tapi bagi aku tak salah untuk share antara sesama blogger dengan orang di luar sana. sekadar sebagai pengetahuan untuk diambil perhatian sesama manusia dan diri sendiri.

korang baca sini.

AWAS- LELAKI MENYAMAR JADI PEKERJA TNB

BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.


“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.


“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.


Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.


“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.


Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.


Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.


“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.


“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.


Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.


AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA

Bird Cake - Just to share.

Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah) .


Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.

ni hasil laporan


*click untuk tumbesaran :)

news ni pun sumber dari :KedahLanie


p/s: macam-macam hal berlaku sekarang. oh ! dunia.

6 0000 awesome blogger says?:

Shahrul Izwan berkata...

haishh! bahaya betul skrg ni! mcm2 taktik org nak buat jahat! hurmm..

Siti Zaleha berkata...

shahrul : aah, tahu tak pe.

AKU CHUN berkata...

orang sekarang ni selalu je macam-macam!

Siti Zaleha berkata...

AKU CHUN : begitu laa gamaknya.

peachroses90 berkata...

seram...

Siti Zaleha berkata...

mmg seram