CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Khamis, 30 Jun 2011

SEGMEN | "SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA"

assalamualaikum, hye kawan-kawan. *auww,ayat gediks melampau,euwww.
hooo, join segmen lagi. suka bebenor join-join segmen ni. kali ni join segmen oleh Incik Zippo. huh, daa laa 1st segmen Incik Zippo hari tu tak dapat join, sebab line tenet macam 'demm'. sentap hati mak tahu Incik Zippo, tak dapat join hari itu. hihihih. kali ni tak mahu ketinggalan. *sudah kemerepekan melampau !

segmen ni adalah untuk merapatkan hubungan antara blogger2 yang lain, kalau bukan kita, siapa lagi yang nak menyokong blogger-blogger lain kan kan.

nak join untuk syarat-syaratnya click sini. Incik Zippo ini picture PRDSB mahu letak muka paling serabai !


*hambik kau muka macam mintak penampar sebelah kaki.

tag?

p/s :
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Senyum sampai LEBAM ! :)

Rabu, 29 Jun 2011

SEGMEN | AKU PILIH BLOG.............

entry sebelum masuk tidur. :)

assalamualaikum..


kenal header ni? hihihi, kali ni 1st time join segmen blogger WAN atau lebih dikenali PAK CEK BIOLA. mahu join boleh click sini.

kali ni aku pilih blog MARYA HANA

Harapan  MARYA  Hanya Impian

aku pilih blog dia sebab aku suka baca setiap satu entry yang dia update setiap hari. setiap satu entry dia mesti ada selit dengan picture muka beliau. sangat menarik perhatian. dia salah satu fevret blogger aku. suka sekali dengan tagline blog dia 'Harapan Maria Hanya Impian' . :)






ada jee orang yang macam ni.

asaalamualaikum, hye peeps !
selamat malam. :)
sudah lama tidak corat-mencoret kat sini, gara-gara line berukband yang sangat2 laa terlalu laju sampai tak boleh nak menghupdate beberapa hari ni. *cukup sekadar alasan semata-mata. ^^

aku kurang gemar laa dengan perangai manusia yang suka canang hal orang ke sana ke sini. err, baru jee dapat cerita yang kurang menyenangkan gegendang telinga aku ni. err, hope mereka akan dapat balasan satu hari nanti dan akan sedar sendiri apa yang mereka daa buat selama ni. masyaALLAH, tuhan jee laa yang tahu apa perasaan ni.

apa laa yang dapat sangat dengan sampaikan cerita memburukkan-burukkan hal orang ke sana ke mari. bukannya sorang dua tapi semua orang terlibat kena tempiasnya. apakah daa hebat sangat ka? bukannya dapat hasil. haish, ada jua manusia macam ni lagi.

bila daa menyampaikan, semua orang daa tahu sudahnya pergaduhan penyerangan berlaku. padahnya malu yang dapat. tutup laa muka dengan kain setebal mana pun, tetap tak dapat juga menutup muka yang daa malu tu.

lumrah manusia bila daa jadi macam ni. ada jee yang tak boleh nak tengok orang lain lebih dari mereka sendiri, mula laa tak puas hati. heboh sana, heboh sini. apa nak jadi?


p/s: ouh, dunia ~~ :)



Sabtu, 25 Jun 2011

FAKTA : 10 jenis RUMAH TERKECIL menarik sini !

assalamualaikum, hye peeps !
selamat petang.
bosan,bosan. sedih aku kempunan tak dapat makan nasi minyak kawan aku hari ni. heee, tak ada partner nak teman. hihihi. *muka nak mintak penumbuk lebam sebelah mata. daa, tak dapat pergi memerap lerh jee kat rumah. sob3. oke, daa stop intro tak berbayar. :)

straight to the point, jum tengok apa yang aku jumpa tadi. tadi tengah best2 cari info, terjumpa satu artikel ni 10 RUMAH TERKECIL DI DUNIA. huuu, comel2 jee rumah dia ni. ada gak orang buat rumah kecik2 ni, tapi cukup 1 orang jee laa duduk. kalau ramai-ramai mahu tak roboh rumah tu bhai. daa, jum usha !

#ECO HOME

ouhh, sangat kecil laa sangat. tapi mana laa bilik air dia erk?

#HERMIT'S CABIN

rumah ni ia hanya mempunyai satu katil bujang bilik dengan sebuah dapur.

#WILLIAMS CABIN

ia mempunyai sebuah dapur dan sebuah bilik mandi.

#POSH VILLA
rekaan rumah ni nampak mewah sikit.

#NARROW HOUSE

tinggi betul rumah ni. :)

#BOX HOME

rumah ni membentuk sebagai sebuah kotak

#TREE HOUSE

rumah ni juga mesra alam sekitar.

#TORONTO'S TINY HOUSE

ia kelihatan betul-betul comel

#THE WORLD'S NARROWEST HOUSE

rumah ni keluasan dia 1m jee mengembang ke arah sebahagian rumah belakang.

#HOUSE ON WHEELS

sesiapa yang berasa merindui kampung halaman, rumah ni yang sempurna untuk anda.

korang pilih mana satu? haha. kalau aku jenis kaki jalan, aku nak rumah #house on wheels tu. haha. tak payah nak risau rumah kena masuk perompak ke apa. dijamin selamat.

picture: www.fugox.com
p/s: nak rumah banglo sebiji 50 tingkat boleh? muahaha. :)


Jumaat, 24 Jun 2011

BEWARE ! sila baca ini !

assalamualaikum, hye peeps !
selamat pagi :)
alhamdulillah, blog aku daa kembali kepada sediakala. semalam blog ni jadi tunggang terbalik macam puting beliung digodek sama aku. gatal sangat tangan tekan entah pape sampai terpaksa diprivatekan sementara atas sebab-sebab tertentu. padan muka aku. *nada saja nak menunjukkan muka simpati. lupakan !

oke, tadi aku check emel aku. tetiba aku dapat 1 emel dari kawan aku. aku rasa mybe de yang daa tahu. tapi bagi aku tak salah untuk share antara sesama blogger dengan orang di luar sana. sekadar sebagai pengetahuan untuk diambil perhatian sesama manusia dan diri sendiri.

korang baca sini.

AWAS- LELAKI MENYAMAR JADI PEKERJA TNB

BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.


“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.


“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.


Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.


“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.


Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.


Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.


“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.


“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.


Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.


AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA

Bird Cake - Just to share.

Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah) .


Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.

ni hasil laporan


*click untuk tumbesaran :)

news ni pun sumber dari :KedahLanie


p/s: macam-macam hal berlaku sekarang. oh ! dunia.

Rabu, 22 Jun 2011

WORDLESS WEDNESDAY / WW #3 | SUBHANALLAH ! sangat indah ?

assalamualaikum, hye peeps !
hari ini adalah hari Wordless Wednesday |#WW
picture kali ini
.
.
.
.
.
.



Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


p/s: tak terkata saat ku melihatnya. :) ciptaan Allah.

Isnin, 20 Jun 2011

tak suka yang ini, DISLIKE !

asaalamualaikum, hye peeps!

source: google

bertemu kembali. *kembali laa sangatkan. aku perasan traffic blog aku sekarang semakin kurang, tu bermakna hanya sedikit jee yang datang singgah kat blog picisan sekadar di pinggiran ni. haishh =,= otak semakin merundum, idea semakin tandus, mood semakin berkurang. pada yang sudi hadir ke sini, ku ucapkan terima kasih.

subhanallah ! ada juga manusia bila cakap semua nak serba cantik, serba teratur, lengkap tak terpesong dengan mana-mana ayat. cehh, tapi bila hakikatnya habuk apa pun tarak ! lepas tu janji segala bagai, bagi harapan sana sini. tak boleh pakai deyy.

hoo, dislike dengan perangai manusia yang macam ni. cukup tak suka. if tak dapat nak tunaikan janji tu, tak perlulah nak gebang sana-sini. aku pelik betul dengan golongan sebegini. nak janji memang senang, best jee dengar. tapi bila last-last tak ada apa. janji tinggal janji. bagai memberikan harapan palsu.

haishh, =,=. nak berjanji ni sebenarnya boleh tapi biarlah kena pada tempatnya. kalau tak boleh nak berjanji tu, tak payahlah terlalu memberi harapan sangat. sekadar katakan InsyaAllah sudah cukup memadai. sebab takut macam ni laa jadinya, apa yang dijanjikan tak menjadi sudahnya harapan palsu yang diberikannya. ibarat dalam pepatah melayu "kalau lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji".

Apakah perasaan anda? mesti ada di antara anda bengang, marah, dan kecewa. :(

pada aku pula aku rasa bengang dan marah sangat2. tapi nak buat macam mana benda dah
berlaku,aku pun tak boleh nak buat apa laaa.


p/s: sebelum nak berjanji tu, fikir buruk dan baiknya dahulu. kalau tak nanti jadi mungkir janji :)

Sabtu, 18 Jun 2011

subhanallah ! i'm totally miss him. :'(


assalamualaikum, hola peeps !
err, ada sesiapa boleh tolong kembalikan mood aku untuk mengupdate sesuatu entry tak? tak tahu kenapa semakin tipis ini mood. please, please. *buat muka pelempang separuh mati. XD. oke, FULLSTOP ! malam ni mood aku jiwa kacau. kenapa?

err, yups ! aku teringatkan arwah ayah aku. SUBHANALLAH ! aku betul-betul rindukan dia. almost daa 8 tahun arwah pergi. betul-betul terasa kehilangannya. perlukan dia, duduk bergurau senda dengan kami, rindukan belaiannya dan kasih sayangnya. SUBHANALLAH ! tapi semua tu sekejap jee dapat rasa. terlalu cepat pergi dan ALLAH lebih menyayanginya.

abah, terima kasih sebab sudi menjaga anakmu ketika kau masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. semoga kau baik-2 sahaja disana. maafkan akak abah, akak rindu sangat dekat abah.

abah, besok hari bapa. akak kat sini hanya boleh sampaikan hadiah al-fatihah dengan yasin kat abah. kalau abah ada lagi mesti kita ada sama-sama lagi kat sini, abah boleh tengok anak-anak abah membesar depan mata abah.

akak rindu nak peluk abah, kena marah dengan abah, rindu nak mengaji dengan abah lagi. rindukan segala-galanya. akak kesian tengok mak sorang-sorang. cuma ada dia jee lepas abah pergi.

AL-FATIHAH :) SELAMAT HARI BAPA, abah !


p/s: akak rindukan abah sangat-sangat.






Rabu, 15 Jun 2011

heboh : dari kecik ke besar , dari besar ke kecik. =,=

assalamualaikum, hye peeps !
maaf kekangan idea semenjak ni and kurang mahu menghupdate. alhamdulillah, mood mahu blogging masih ada. straight to the point dengan tajuk aku. pe laa yang heboh sangat dari kecik ke besar, dari besar ke kecik. sebenarnya benda ni daa memang menjadi fenomena normal yang di anggap biasa dalam kehidupan kalangan manusia di bumi Allah ini. tapi perlu dititikberatkan juga dalam penilaian kita sebagai manusia sendiri.

apa yang aku nak katakan di sini, petang tadi aku tengok channel kisah-kisah gosip artis Indonesia. terkejut? mana aku tengok channel indon tu? jangan nak terkejut sangat, hehe. sebab tv kat rumah aku ni memang senantiasa dapat channel dari indon sana secara direct. sesiapa yang duduk kat area jb ni mesti ada dapat channel dari indon tu. tapi tak semua tempat laaa.

korang tahu kan tentang buat operation payudara ni sekarang ini. haaa, tentang tu laa yang tengah hangat and terhangit kat gosip-gosip di kalangan artis indonesia sekarang. macam daa jadi trend sekarang daa benda tu. ada yang nak dari kecik ke besarkan, tak pula tu nak dari besar ke kecik pula. haiyoo, tu semua semata-mata untuk nampak lebih cantik, more sexy and kepuasan diri sendiri. subhanallah !

antara artis yang heboh sedang hangat diperkatakan tentang operation payudara ni.


wanita di atas namanya Malinda Dee. seorang pekerja di sebuah bank di Jakarta yang membuat operation pembesaran payudaranya yang sekarang heboh dipercayai terkena radang payudara.
sangat bahaya. ni kenyataan yang dinyatakan tentang penyakit Malinda Dee.

sumber: aladiw.us

korang kenal dengan Titi Dj tak? err, tak kenal tanya dengan uncle google. dia ni seorang penyanyi di Indonesia. yang terkini kecoh pula yang Titi Dj ni nak buat operation kecikkan payudaranya pula.


"Titi mengaku ukuran payudaranya yang besar membuatnya cepat merasa lelah. Setelah mempertimbangkan Singapura, akhirnya Titi memilih Indonesia saja sebagai tempat operasinya. Selain lebih menghemat, fasilitas medis di Indonesia juga sudah dirasa cukup memadai."

sumber : http://purwokerto-news.blogspot.com


haishh, tu laa yang aku maksudkan dari kecik ke besar, dari besar ke kecik. semata-mata untuk nampak cantik dan sexy, sanggup buat apa sahaja tak kira artis or bukan #retis. sudah cukup cantik ciptaan tuhan yang diberikan kepada manusia. tapi lain pula jadinya. buat operation sana, buat operation sini. padahnya, sakit yang dapat. jadi tak perlu laaa nak buat operation segala bagai. haish, macam-macam dunia sekarang.


p/s: bersyukur dengan apa yang ada, hargailah setiap satu ciptaanNya. ambillah iktibar sekadar sebagai pengajaran. :)

#Worldless Wednesday/ WW 2 | apa kata anda ?

assalamualaikum, hye peeps !
hooyeah, hari ini hari RABU.
#Worldless Wednesday sudah bermula.
picture kali ni
.
.
.
.
.
.




Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


p/s: mahu tahu lanjut lagi click sini. :)

Khamis, 9 Jun 2011

nak shout ni ! adakah anda seorang yang kacak / cun ?

assalamualaikum , hye peeps !
haaa, nak shout ni ! adakah anda seorang jejaka yang kacak atau gadis cun ? anda rasa anda sudah cukup kacak atau cun ? kalau anda rasa sebegitu, sesuai laa korang join contest ni PENCARIAN JEJAKA KACAK VS GADIS CUN. cepat sebelum penyertaan di tutup ! haha.

tadi aku saja jee search kat facebook, perkataan "PENCARIAN". tetiba keluar page ni.

*click untuk tumbesaran.

page PENCARIAN JEJAKA KACAK VS GADIS CUN. haaa, pe lagi terus laa tekan like. rupanya page tu adalah sebuah contest. tak tahu laa admin page tu siap. uishh, gempak beb. aku pi usha album kat page tu, ramai gak yang join tu.

anda mahu berminat ? haha. boleh laa baca syarat-syarat dia kat bawah ni dulu.

*hamik kau, cukup besar post tu.

yang paling kelakar, picture sesiapa yang menang or banyak vote akan dijadikan profile picture selama 1 bulan. haa, ingatkan ada menag hadiah gempak2 ke apa. tu jee hadiahnya. macam ni punya page pun ada gak ea? agak-agak siapa yang nak more glamorous dari adik adinda milano evans tu, sesuai sangat laa masuk contest macam tu. mesti gempak punya laa ! macam-macam hal laa sekarang ni, cenggini pun jadi juga kat fb eh? =,=

dari masuk segala jenis begitu, lebih baik laa tempek muka tu kat depan cermin. lagi baguih beb ! puas hati. haha ! #just joking.


p/s: aku rasa aku cun gak, tapi malu laa nak tempek muka kat page tu. segan nanti terlampau glomours pula. #buat muka mintak penampar sedepa. :)




Rabu, 8 Jun 2011

#Worldless Wednesday/ WW 1 | bagaimana mahu hidup kalau rumah macam ni ?


assalamualaikum !
morning peeps.



Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Selasa, 7 Jun 2011

err, tolonglah jangan taip PELAT macam budak kecik.

assalamualaikum, hye peeps !
selamat malam. :) err, rasa daa 4 hari tidak menghupdate. haa, malas aku nak berbasa-basi. mesti daa bosan kan ? straight to the point dengan tajuk entry aku nih, pernah dengar tak dengan ayat cenggini.

"eee,sakitnyew ati itew dengan dak-2 tuw"

"omelnya dak tecik tuw"

"akuh tak tawu laa, tak puas ati dengan urg lak. kalo berani dtg laa sini. "

"shaye shayang came awak cangat-2 taw"

"ntah lhaa, agaknya kudd"


OMG ! what the ngekk laa cakap camtu. tolonglah jangan cakap pelat macam budak kecik ! menyampah kot. bukan setakat menyampah jee, meluat ada gak laa bila nampak ayat-ayatmacam tu. lagi-2 bila tengok dekat post status FB.

err, yang selalu aku nampak guna ayat-ayat macam ni budak-budak sekolah laa. yang daa besar macam aku ada gak laa guna ayat macam tu. bukannya apa, kekadang rasa annoying pula bila baca ayat macam tu even perkara biasa. macam budak kecik baru nak belajar cakap pelat ni. aiyoo, macam laa tak boleh guna ayat yang sebetulnya. ni macam ayat tergedik-gedik tu pun ada gak.

cuba sebut ayat macam ni :

"saya sayang sama awak sangat-2 tahu"

haa, kan sedap didengar tu, apatah lagi senang disebut. tak ada laa berbelit-belit lidah ni nak menyebutnya. hoo, adakah ayat sebegitu sudah menjadi trend zaman sekarang? nama jee belajar bahasa malaysia kat sekolah, tapi lain pula jadinya. taip ayat macam budak kecik tak kira di post fb or sms juga. haish, tu laa budak-budak zaman sekarang. soo, tolonglah lain kali jangan taip PELAT macam budak kecik. menyampah u ! heee :)



p/s: maaf yee, kalau ada yang terasa. LU PIKIRLAH SENDIRI !







Jumaat, 3 Jun 2011

doakan yang terbaik untuk beliau. :)

assalamualaikum, selamat pagi peeps !
omg ! mimpi hape entah aku menghupdate di pagi hari. oke, straight to the point apa aku nak cerita. mungkin aku terlambat mendapat info tentang apakah yang terjadi seterusnya dengan cerita-cerita panas tentang adik ADINDA MILANO EVANS ni. sebagaimana yang korang daa tahu sendiri an. tak perlulah aku bagitahu kat sini.

tadi bila aku google tentang adik adinda ni, ramai juga blogger yang menghupdate tentang beliau ni. macam-macam laa diorang katakan. ada yang siap keluarkan segala hadis pelbagai. tapi yang aku lagi salute dengan satu blog ni. sangat-sangat menyokong dengan entry dia.

mula-mula bila terkecoh tentang link blog adinda ni sampai laa ada yang buat fan page segala bagai, pada mulanya aku berfikiran sempit juga macam orang-orang yang buat post memaki hamun, bagi nasihat segala bagai laa fan page and comment kat blog adinda tu. tapi aku tak komen laa dekat situ-2 semua. cuma aku jadi silent stalker and just cakap 'stupido girl' berani gila buat pengakuan sebegitu rupa.

tapi bila aku fikir-2 balik tak ada gunanya kita memaki hamun beliau. cukup laa sekadar menasihati sahaja, tapi menasihati tu biarlah kena pada tempatnya dan caranya. dan bila aku baca dekat blog sini, pendapat aku sama dengan si penulis yang menulis entry tu dan memang betul juga apa yang dikatakan oleh beliau.

dan yang baru aku tahu ada juga kata cerita panas tentang adik adinda ni ada kaitan dengan viral marketing filem terbaru amir raja lawak dekat blog sini. tapi bagi aku, walau apa jua sama-sama laa kita doakan yang terbaik bagi beliau. perjalanan dia masih jauh. cuma sama-samalah kita ambil iktibar dan jadikan pengajaran.

and tak silap hari ni hari jadi beliau, soo HAPPY BELATED BIRTHDAY yee adik adinda. daa baca tentang latest entry beliau,boleh laa terjah sini.


p/s: cukup-cukup laa sesiapa yang jadi admin buat fan page beliau segala bagai, tu buat menambah dosa korang jee ada laa.

Rabu, 1 Jun 2011

terkejut melampau !

assalamualaikum ! hye peeps !
oke, 1 hari 1 malam kekeringan idea. kerana tiada mood. err, ada kena mengena ke? okeoke, memang tengah gembira. gembira kenapa? kejap,kejap before tu aku terkejut sebab follower aku daa 30+. terima kasih daun keladi. dan orang yang ke 300 tu SHAFMECHY PUNYA BLOG. kalau rajin korang boleh laa pi jenguk2 blog dia. rasa dia nga buat 1 contest tu.

*tekan untuk tumbesaran kebesaran.

kedua, pagi tadi aku dapat berita dari housemate aku result final exam aku daa kuar. yess ! dengan excitednya untuk menge-check and DONE ! alhamdulillah so for so good lulus dengan cemerlangnya.

terlojak2 gembira aku dibuatnya terus call mom and she says to me 'tahniah akak, mak bangga. tak sia-sia usaha akak selama ni'. hati anak mana yang tak menangis bila mak daa cakap macam tu. berkat doa mak juga selama ni. thanks to ALLAH.

pada kawan-kawan yang sama batch dengan aku, congratulations guys ! tamat sudah memerah otak selama ni. HAHA!


p/s: sedih tak dapat kongsi kegembiraan ni dengan arwah ayah. andai dia masih ada lagi..............