CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Sabtu, 7 Mei 2011

permainan waktu kocik-kecik korang dulu apa?

salam,hye readers :)

oke,jenuh pale hotak aku memalam gini nak mencari idea untuk menghupdate. akhirnya muncul gak. masa aku dok pikiaq *tetiba lain bunyi lak. hehe. tengah aku duduk memikir tadi, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. memang nakal sangat. orang cakap memang dajal uh *tak de laa terlalu dajal. biasa laa waktu kecik-kecik dulu an. memang tak ingat dunia nakal habis.

sebenarnya, aku terkenang permainan waktu kita kecik-kecik dulu suka main. memang akan menjadi rutin harian laa. lagi-lagi bila time waktu balik sekolah,mesti hilang waktu petang. sebab sibuk dok main. huwaa, rindu gila zaman tu. nak jee putar balik. main dengan kengkawan yang gila-gila nakal sama.

yang aku ingat lagi, aku selalu main:
batu seremban
teng-teng
main getah panjang
baling selipar
sembunyi ibu
congkak
main ceper (penutup botol kaca)
datuk harimau
ibu and anak ayam
baling tin
main guli
nenek cari cucu
rounders
polis sentry
main pondok2
senapang kayu
zero point
kahwin-kahwin *paling like !
senapang camp-plum


huii,banyak lagi laa.ni pun tak larat nak senaraikan sebab tak ingat. ada lagi rasanya. yang aku ingat ni je laaa. seyes memang best main permainan ni. lagi-lagi aku suka baling selipar. mencabar ouww permainan tu. mahu nak kena lari sekuat hati 100x langkah nak elak dari kena kena baling dek selipar tu. kalau kena memang kena out uh. haha. kelakar.berpeluh-peluh kalau main.

nak dikatakan semua permainan kat atas tu semua suka main waktu kecik-kecik dolu. memang kenagan manis laa. biasa laa benda ni semua budak-budak kampung jee main. macam laa aku bukan budak kampung jee an. haha. saya bangga jadi budak kampung!

tapi jarang laa sekarang nak jumpa budak-budak kecik nak main lagi mende alah ni semua. permainan ni semua bagai ditelan lapuk dek zaman. zaman sekarang lebih suka main PS2,PS3 and game kat pc or other kat internet. yelaa,arus zaman sekarang cepat jee berubah. daa tak ada laa yang minat nak main dengan semua tu. melainkan kita-kita ni jee,tu pun dikenangkan. haishh, rindu bebenor.


p/s : ada sesiapa lagi yang tahu permainan waktu kecik-kecik dulu suka main ?


thanks sudi baca :)

8 0000 awesome blogger says?:

Ashraf berkata...

dah follow :D
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

siti zaleha berkata...

oke,thnx

aien berkata...

main barbie dolls n tanah liat. thumbs up!

siti zaleha berkata...

aien : ahaha.

siti zaleha berkata...

aien : ahaha.

fRaMe+LenSeS berkata...

Assalamualaikum.. Mohon sama2 mendoakan adik seorang sahabat Nadh yang sedang kritikal di hospital sekarang. Moga ALLAH selamatkan dia. amin.

p/s :: terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

nur izhani farahana berkata...

batu seremban.

siti zaleha berkata...

frame: :)

hani : sukasuka