CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Isnin, 2 Mei 2011

BARBICAN itu betul ke haram ?


holaaa,aku tak tahu betul ke tak air BARBICAN ni haram ke tak sebenarnya. kebanyakan info aku baca ada cakap air ni sebenarnya haram sebab ianya tak halal,kerana arak. aku dapat gambar ni dari 1 laman fan page Islam kat fb MAKANAN DAN MINUMAN YANG DICEMARI KESUCIAN UNTUK UMAT ISLAM. boleh tekan sini. mungkin isu ni daa lama kalau ada yang dah tahu, tapi tak salah untuk aku berkongsi bersama.


antara info yang aku dapat :


Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang adakah JAKIM mengiktiraf minuman Bir Halal ini .?Kenapa tiada Logo HALAL JAKIM . ?

ini adalah persoalannya sekarang. Umum mengetahui JAKIM adalah pengeluar sijil HALAL yang diiktiraf di seluruh dunia jadi tanpa Cop HALAL rasmi dari JAKIM sesuatu produk makanan itu adalah was-was untuk dimakan atau diminum.
Kita berada di MALAYSIA .
Saya hendak tegaskan kita berada di Malaysia bukan di negara orang . ! jesteru itu sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam cop HALAL adalah menjadi perkara wajib ketika hendak membeli barang. Tiada tanda HALAL maka jangan Beli .. !
Kenapa saya berkata sedemikian, oleh kerana Malaysia adalah negara islam jadi soal HALAL dan HARAM sesuatu makanan adalah sangat ditegaskan dan sebarang kemasukan barang asing perlu di selia terlebih dahulu bagi menentukan HALAL dan HARAM sesuatu bahan makanan itu.
Tidak dinafikan, maysarakat sekarang terlepas pandang mengenai isu HALAL atau HARAM sesuatu makanan itu. Bukan itu sahaja banyak produk2 makanan yg tidak diiktiraf menggunakan pensijilan dan cop logo HALAL yang palsu.
Jadi sebagai seorang islam saya menyarankan kepada semua orang islam di malaysia supaya memilih makan yang ada logo dan cop HALAL sahaja demi kesejahteraan ummah dan kaum sejagat.
Berbalik pada isunya disini ..
Menjadi tanda tanya pada saya di waktu menulis entry ini .. Kenapa mahukan "Bir Halal" ? saya agak pelik mengenai situasi ini kita diberi akal dan fikiran sampaikan ingin meghalalkan sesuatu yang haram . ? apa yang sedapnya pada air bir ini sampaikan ia hendak dihalalkan .. ?
Banyak lagi persoalan yang terbuku di benak fikiran saya sekarang. Tidak cukupkah air yang kita minum sampaikan hendak membuat sesuatu air yang haram itu menjadi halal .. ?
pada tahun 2009 Utusan Malaysia ada menyiarkan mengenai Syarikat yg ingin mengeluarkan minuman bir tanpa alkohol .

Utusan Malaysia, 8 Mei 2009

Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

dalam kenyataan itu juga,

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.




p/s : wallahualam :)

0 0000 awesome blogger says?: