CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Selasa, 31 Mei 2011

hooo, gosip artis luar negara beb !

assalamualaikum, hye peeps !
entry sebelum masuk tidur. ouhh yee,mesti korang tekan laju-laju kan kalau pasal-2 gosip nih. of course laa kan siapa laa tak nak tekan laju-laju kalau nak tahu gosip terhangat sepanas hot.fm. haaa,oke saya tipu. wakaka !

tadi duduk syok tanya kat pak cik google, tetiba ternampak satu tajuk ni. memang bikin panas beb ! like apa aku cakap uh hoooo, gosip artis luar negara. nak tahu apa tajuk dia? ? ni huh, LADY GAGA BERBOGEL KETIKA KONSERT ! haaa, amik kaw dia punya title. then tu aku pi laa tekan. korang tengok bawah ni.

apa reaksi korang?

omg !




picture sumber: http://www.melvister.com

mesti korang terkejut beruk an? apa lagi reaksi aku. see, tak tipu kan title tu. ish,ish. nak buat show camtu pun boleh jadi dengan sekadar separuh berbogel jee. mungkin ada yang daa tahu tentang ni kot, tapi aku tak tahu lagi. soo, aku share laa dengan korang. haiyoo, tutup mata jap tengok picture di atas.

seperti yang kita tahu, LADY GAGA ni memang laa suka pakai pakai yang aneh2 yang pada dia cantik setiap kali dia memakainya and nampak unik. tapi bila dia daa macam kat picture tu, adakah ia nampak unik dan aneh lagi? sepertinya luar biasa ada laa. HAHA!

selamat cuci mata!

p/s: LADY GAGA ni betul2 mencetuskan kontroversi laa. terbeliak biji mata sat tengok dia buat aksi panas ! err, XD

bertuah !


assalamualaikum ! hye peeps !
terjah kat shoutbox blog tadi dapat kejutan dari rakan blogger AMY AZUHA.

*jum terjah reramai. :)

dapat awards dari beliau.
weee, comel jep.
bertuah jadi follower ke-200 beliau.
soo appreciate it AMY AZUHA



*comel an.
thanks again. :)


p/s: hati sedang berbunga-bunga. HAHA !





Isnin, 30 Mei 2011

dia memang HEBAT !

hye peeps !


err,habis sudah final MENTOR 5 ! memang tak dapat dinafikan bakat dan vokal yang ada pada SALMA protege kepada ERRA. tahniah kepada beliau memenangi 1st place juara MENTOR 5 tahun ni dengan jumlah markah paling tinggi, SHIHA ke-2 dan IQA tempat ke-3.

even pada mulanya aku sokong SHIHA protege SHARIFAH AINI and mungkin dia yang bakal
menjadi juara tapi sangkaan aku meleset dek kerana kemantapan persembahan,vokal and bakat SALMA. tak dapat dinafikan. komen2 juri kepada dia pun boleh tahan gak laaa. pape pun congratulations SALMA ! ternyata dia memang hebat.

p/s: sedih SHIHA no 2, tapi tak pe. HAHA !



Ahad, 29 Mei 2011

siapa yang akan menang MENTOR 5 kali ni?


assalamualaikum ! hye peeps !

yeah ! final konsert MENTOR 5 already starting now. perghh ! antara SALMA, SHIHA, and IQA siapa yang akan menang. semua protege mantap-mantap gak kot dia orang punya vokal.

now sekarang, SALMA kena komen kaw-kaw dengan juri RAMLI MS tadi. by the way, suara SALMA memang mantop gak tadi. meremang bulu roma aku. bagi korang siapa uh agak2 yang akan menang kali ni? heee,just wait and see ! nak sambung tengok lagi !


p/s: aku pilih SHIHA !


korang pilih siapa?



BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER



holla ! abg BA buat segmen lagi. lai lai lai, siapa mahu join.
sebelum terlambat click sini.

top 10 kesalahan kesalahan pelajar di sekolah

assalamualaikum,hye peeps !
suka bebenor menghupdate time-2 malam cenggini. almaklum tetiba idea datang berlambak selori, terus laa menghupdate. malam-2 cenggini tetiba rindu waktu zaman sekolah. huwaa ! nak jee masuk balik sekolah. jumpa kengkawan, cikgu-2, taman sekolah, pak guard, mak cik-2 kantin, kucing-2 terbiar. huishh ! .

rindu sangat nak belajar sesama, ngorat boy tu ngorat girl ni. haha ! zaman sekolah memang semua orang pasti akan rindu. bohong sangat laa nak cakap kata tak rindu. nampak benor nipunya ~~.
oke, cakap pasal rindu-2 zaman sekolah ni. teringat aku waktu jadi pengawas sekolah dulu atau lebih femes digelar oleh mak aku sendiri " TU BUKAN PENGAWAS, TAPI MAWAS!".
T____T nangis kejap, sampai hati benor mak aku cakap cenggitu. tapi memang betul pun.

memang minat aku masa zaman sekolah nak jadi pengawas, yeah ! almaklum, bebudak sekolah bangga laa dapat jadi pengawas terpilih suka laa catit nama budak-2 yang suka buat kesalahan, dan yang paling femes suka buat spot check ! HAAA, ni memang best sebab time ni boleh dapat macam-2 barang terlarang budak-2 sekolah suka bawak. barang-2 terlarang tu apa of course laa korang tahu sendiri, tak payah cakap laa.

antara SPOTCHECK yang selalu aku dapat
top 10 kesalahan yang pelajar di sekolah

1. rambut panjang
alasan: gunting tumpul, kedai gunting rambut tutup, rambut berkarat-karat, cikgu jeleous sebab bela rambut panjang.

2. warna rambut
alasan: cikgu ketinggalan zaman, saya anak kacukan, cat tumpah atas rambut semasa mengecat rumah, warna rambut semulajadi.

3. kuku panjang
alasan: ketip kuku mahal, senang hendak garu belakang, lambang keanggunan masa kini.

4. tidak pakai lencana dan tali leher
alasan: lencana buruk, tali leher jadi perhiasan, hilang secara misteri ketika basuh menggunakan mesin basuh

5. berborak dalam kelas
alasan: menyelesaikan masalah rumah tangga, senaman mulut untuk masuk pertandingan syarahan.

6. ponteng kelas
alasan: subjek yang tak best, ambil angin, rasa mengantuk, cikgu suka membebel

7. memakai selain kasut sekolah
alasan: kasut basah, kaki sakit baru lepas accident, cagu, fesyen masa sekarang.

8. bawa barang larangan(majalah, handphone, dll)
alasan: mengisi kekosongan masa, harta pusaka yang perlu dijaga.

9. merokok
alasan: ingin menguji tahap kestabilan paru-paru, nampak macho kononnya.

10. bergaduh
alasan: suruh orang tabik, diri lagi hebat.

memang top sesangat laa kesalahan cam tu. ada lagi kot, tapi malas nak taip pepanjang. padahal sememangnya panjang daa. :) biasa laa zaman sekolah dulu. memang tak lepas nak buat hal-hal dulu. kalau tak, tak maknanya dinamakn pelajar sekolah.


p/s: dulu waktu sekolah suka sangat buli pengawas lain waktu jadi penolong pengawas. dajal bebenor. HAHA !





Khamis, 26 Mei 2011

kreatif !baby comel ni jadi model tengah syok tidur

assalamualaikum ! heyya selamat malam !
oke,masa aku nga reblogged dekat tumblr, aku jumpa lebih 10 picture of baby kiut miut ni. sumpah, memang comel habis ! siapa suka baby ? suka tak suka tak? *sambil angkat tangan, mata ke bawah. haha. of course laa suka, macam nak gigit2 jee tak pun cubit2 jee pipi tembam baby tuh. apa yang aku jumpa kesemua picture ni boleh pula baby comel ni jadi model of photoshoot tengah syok tidur.

pula tu tak nak kreatif pula an, picture2 yang diorang amik ni tak nak kreatif pula an. siapa laa mak bapak baby ni an? sporting habis buat photoshoot baby dia orang nga tidur pula tu.

jum tengok gaya2 picture baby ni

suka sangat background yang ni, comel sangat uh. eee~~



oke, daa puas tengok. geram jee.
terima kasih sudi membaca. :)



p/s: sumpah ! comel gila.








Rabu, 25 Mei 2011

tetiba nak...

assalamualaikum ! selamat malam :)
yeahh ! come back, come back semula. mood nak menghupdate malas jee lately ni. sebab ketandusan idea. tetiba jee nak membebel tentang kaum adam dan hawa berpasangan masa cintan-cintun and masa kahwin-kahwin.

KETIKA DI ALAM BERCINTAN-CINTUN

1. mula-mula kenal

mula-mula masa kenal kononnya ala-ala FIRST IN LOVE gitu. comel malu2 bagai. mula laa weewit, kenyit2 mata, usha-mengusha, then sesi idea tukar no phone bermula. soo sweet gitu. ^^ *normal laa tu kan,kan.


2. berbulan-bulan daa kenal or kawan-kawan
lepas berbulan-bulan or lamanya kenal sama-sama dengan selalu bermesej, rancang nak jumpa ala 1st date. weehee, time tu hati berbunga-bunga bling-bling bagai. haha. tetiba jee declare COUPLE. wink,wink.


3. bila daa suka sama suka
de jee yang tak kena, gaduh kecik besar, merajuk sana sini, pujuk sana sini. alolorh, sweet2 jee.


4. sambut anniversary
bila daa lama cintan-cintan, sambut laa anniversary bagai sebagai tandanya kasihnya terjalin. auw,auw jeles tetiba. ^_____^ disambut dari tahun ke tahun kalau lamanya bercintan-cintan.


5. sekejap putus, sekejap couple balik
hai,adat dalam masa cintan-cintun. sekejap putus, jap tu couple balik. ahai gaduh punya pasal yang sana curang sini, yang sini menggatal dengan yang lain. fening fening lalat tengok.

tapi bila daa puas putus, couple balik!

KETIKA DI ALAM PERKAHWINAN

6. buat keputusan, kahwin jeee terus
yeahh, ketika di alam cintan-cintun puasa daa putus, putus baik terus jee kahwin. eee,comelnya kartun tu. sweet jeee. buat kenduri 40 hari 40 malam. lagi bagus, elak maksiat. haha.


7. bila daa jadi husband and wife
bila daa jadi husband wife ni pun asyik gaduh jee kerjanya. si wife merajuk suruh si husband hantar balik rumah mak bapak, si husband pula terkontang-kanting ditinggalnya sorang-sorang.


8. mintak cerai/ bercerai-berai
haaa,gamaknya bila da jadi macam ni. daa tak ada persefahaman langsung senang jeee mintak cerai.


haish, asam garam hidup manusia dalam sesuatu perhubungan. sekejap di atas, sekejap di bawah. aku cerita ni pun apa yang aku dapat tengok sekeliling aku and aku randomkan sendiri.

kan best kalau jadi macam kat kartun ni


comel jeee, bahagia sampai ke tua anak cucu cicit. haha. ^^



p/s: heee, semuanya berlaku setiap hari disekeliling kita.






Rabu, 18 Mei 2011

no more MALWARE ! nyahh kau jauh-jauh!

salam,hye readers :)
hamik padan muka aku,daa 1weeks lebih tak berupdate. sekali nak bukak semalam untuk update,tetiba kena MALWARE. macam haremm. terus tak tahu nak duduk diam laa. macam mana nak remove tu. risau mak nyahh ! eh eh.

ni puncanya!

daa tanya sana,tanya sini. emel sana,emel sini, google sana,google. hampehh,tetap tak menjadi juga. memang macam cacing kepanasan laa semalam.

akhirnya baru tadi dapat jalan penyelesaiannya. terima kasih kepada INCIK SHAHRUL IZWAN daa tolong selesaikan masalah aku. rupanya berpunca dari energy saving mode aku. uh,nasib nasib. alhamdulillah. tadi pun aku try tengok tempat blog aku amik tutorial energy saving mode tu pun kena malware gak. lega sikit.

hope lepas ni tak ada kena lagi. err,menangis tak berdarah aku. *memang pun nangis tak berdarah,keluar air mata jee. haha. saja. pada sesiapa,berjaga-jaga eh. elakkan sesangat. risau aku dibuatnya. :)



p/s: thanks again SHAHRUL IZWAN :)

Ahad, 8 Mei 2011

cenggini punya fan page pun wujud juga ke?

salam and selamat tengahari readers. :)
online free sambil menikmati makan di mcdonalds larkin itu sangat seronok. huwaa,alhamdulillah kenyang. bluurpp ! *tak senonoh punya anak dara.

masa aku tengah godeh-godeh kat dalam fb ni,aku terjumpa satu fan page ni. tengok picture bawah ni
.
.
.

*sila click untuk tumbesaran itu penting. terima kasih :)


u'all know what apa aku jumpa ? *dengan nada excited. aku jumpa page PERSATUAN GAY MALAYSIA KEBANGSAAN. holaaa,page cenggini pun wujud jugak an. tak sangka aku. pula tu bila aku like,ramai gila lelaki yang berstatus *** ni likes kat situ. ish,ish,ish T____T. apa mahu jadi.



terima kasih sudi baca
p/s: bertaubat laa ke pangkal jalan :)


Sabtu, 7 Mei 2011

permainan waktu kocik-kecik korang dulu apa?

salam,hye readers :)

oke,jenuh pale hotak aku memalam gini nak mencari idea untuk menghupdate. akhirnya muncul gak. masa aku dok pikiaq *tetiba lain bunyi lak. hehe. tengah aku duduk memikir tadi, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. memang nakal sangat. orang cakap memang dajal uh *tak de laa terlalu dajal. biasa laa waktu kecik-kecik dulu an. memang tak ingat dunia nakal habis.

sebenarnya, aku terkenang permainan waktu kita kecik-kecik dulu suka main. memang akan menjadi rutin harian laa. lagi-lagi bila time waktu balik sekolah,mesti hilang waktu petang. sebab sibuk dok main. huwaa, rindu gila zaman tu. nak jee putar balik. main dengan kengkawan yang gila-gila nakal sama.

yang aku ingat lagi, aku selalu main:
batu seremban
teng-teng
main getah panjang
baling selipar
sembunyi ibu
congkak
main ceper (penutup botol kaca)
datuk harimau
ibu and anak ayam
baling tin
main guli
nenek cari cucu
rounders
polis sentry
main pondok2
senapang kayu
zero point
kahwin-kahwin *paling like !
senapang camp-plum


huii,banyak lagi laa.ni pun tak larat nak senaraikan sebab tak ingat. ada lagi rasanya. yang aku ingat ni je laaa. seyes memang best main permainan ni. lagi-lagi aku suka baling selipar. mencabar ouww permainan tu. mahu nak kena lari sekuat hati 100x langkah nak elak dari kena kena baling dek selipar tu. kalau kena memang kena out uh. haha. kelakar.berpeluh-peluh kalau main.

nak dikatakan semua permainan kat atas tu semua suka main waktu kecik-kecik dolu. memang kenagan manis laa. biasa laa benda ni semua budak-budak kampung jee main. macam laa aku bukan budak kampung jee an. haha. saya bangga jadi budak kampung!

tapi jarang laa sekarang nak jumpa budak-budak kecik nak main lagi mende alah ni semua. permainan ni semua bagai ditelan lapuk dek zaman. zaman sekarang lebih suka main PS2,PS3 and game kat pc or other kat internet. yelaa,arus zaman sekarang cepat jee berubah. daa tak ada laa yang minat nak main dengan semua tu. melainkan kita-kita ni jee,tu pun dikenangkan. haishh, rindu bebenor.


p/s : ada sesiapa lagi yang tahu permainan waktu kecik-kecik dulu suka main ?


thanks sudi baca :)

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011



salam,hye readers. :)
yess~~ BEN ASAHAARI gegar blog sekali lagi. wajib JOIN sebelum terlambat. BA kata daa 400 blog yang join. yang mahu join boleh click sini. sebelum tu ringan-ringankan laa tangan anda untuk mengundi abg BA. :)

hadiahnya:
1. 3x domain untuk setahun
2. 3x RM 30 Prepaid dalam malaysia jee
3.???

cepat-cepat join. :)


p/s: abg BA open table kalau dia menang undian tu. chaiyook abg BA !^___^

Jumaat, 6 Mei 2011

hargailah beliau :)

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


sempena hari obu bakal menjelma, jum nyanyi lagu ni beramai-ramai. lalalalala~~ macam sedap jee suara tu kan? kalau tak sedap nyanyi dalam hati jee laa. kalau tak nanti hujan. huhu ^___________________^

kenapa hari ibu? kenapa? hari-hari lain bukan hari ibu ke? bukan setiap hari boleh jadi hari ibu? takkan nak tunggu hari ibu baru kita nak appreciate mak kita? kalau tak wujud hari ibu ni, entah bila agaknya anak-anak nak ingat mak diorang. eh,macam tu ke?

bagi aku laa, hari ibu kalau takde pun takpe.bukannya apa, kalau kita memang betul-betul sayangkan mak kita, tak payah nak tunggu hari ibu. setiap hari pun boleh kita buat something yang boleh bahagiakan dia. takkan nak tunggu hari ibu baru kita boleh buat ibu kita happy. dahlah hari ibu setahun sekali je. kesianlah kat ibu kita tu nanti.

ibu boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu tak mungkin mampu nak jaga ibu dia. tengok, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. sayanglah ibu korang selagi dia masih ada..



p/s: HAPPY MOTHERS DAY buat PUAN RAHMAH. i'm proud to be your daughters. sayang mak ! :)


kesian bila melihat mereka ;(

salam,hye readers. selamat malam ! uikss,daa tidur ka? jangan laa tidur dulu. lekss lu,pekena teh mamak dulu. haha. *joke !

oke,tempoh hari aku ke bandar mahu hangout sama housemate aku IZHANI FARAHANA and her sis. janji nak tengok wayang cerita THOR. semasa dalam perjalanan aku nak jumpa diorang, aku terpandang kat seorang warga emas ni dari dalam bus.
.
.
.

source: google image


warga emas ni lelaki bertongkat,kaki kiri dia tempang,baju and seluar lusuh,bawak beg buruk sambil jalan terhincut-hincut. serius aku cakap memang kesian sangat tengok keadaan warga tua tu. apa lagi nak tengok muka dia, YA ALLAH sayunya. sambil dalam hati aku berkata.. 'ke mana laa orang tua ni nak pergi dengan keadaan jalan bertongkat? mana anak-anak dia? tak kesian ke anak-anak dia dengan keadaan orang tua ni? kat mana laa orang tua tu tinggal? '

haishh,macam-macam laaa yang bermain di kotak hati aku time tu. macam nak nangis ada gak. yelaa,mungkin dari situ kita boleh ambil pengajaran. bagaimana kita nanti bila di waktu tua kelak andai umur kita dipanjangkan oleh-Nya lagi dan masih dapat bernafas seperti biasa dengan damainya. masa akan datang kita tak akan tahu kelak bagaimana kejadiannya. kelak bila kita ada anak,apakah mereka akan ingat pada orang tuanya sendiri atau tidak? atau mereka akan membiarkan kita hidup bergelimpangan di merata tempat atau juga mereka akan lupakan pada orang tuanya suatu hari nanti.

haishh,jangan laa macam tu. tapi kesalnya aku tak dapat nak tolong warga emas tu time tu. kat dalam bus,keadaan sesak. aku hanya dapat pandang dari jauh jee tengok keadaan dia. semoga warga emas tu dalam baik-baik jee. :(



p/s: kesian bila melihat mereka. jaga laa orang tua anda dengan sebaik-baiknya. :)


CONTEST : Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

salam,hye readers. :)
contest,CONTEST,contest lagi. entah menang entah tak. harap-harap menang laa kalau ada rezeki. *wink,wink :). dan diTAG sekali lagi sama WIDAD ARIFFIN. thanks dear. contest ni dianjurkan dari blogger CIK AISH. comel sangat orangnya. mari teruskan
.
.
.


seperti biasa mahu join,kena laa letak banner laa an. macam tak biasa pula. haha. yang mahu join,sila click sini untuk lihat syarat-syaratnya.by the way,saya suka tengok blog CIK AISH ni comel jee and simple. serious comel !

tag:

p/s : kalau menag ni,memang selama 1 bulan tak payah topup lerh. waaa,masyuk-masyuk. HAHA !

Rabu, 4 Mei 2011

mak bila akak boleh kawen uh ?

salam,hye readers.
baru sempat nak menghupdate hari ini. jum baca dialog di bawah ni.


di kala waktu petang yang redup sedang bersantai bersama.

anak: mak,akak jelous laa dengan kawan-kawan akak yang lain.

mak: jelous kenapa?

anak: *hehe,sambil buat muka annoying. akak cemburu dengan kawan-kawan akak. ada yang daa kawen,ada yang daa tunang. akak ni bila laa nak macam diaorang uh mak? umur daa 2*tahun haa, tak siapa pun nak. haha.

mak: kau daa kenapa? daa gatal noooo ke. belajar tak habis lagi nak berangan kahwin. *haaa,hamik kau ! kena sekali sound camtu. haha.

nota pengajaran :
pada anak-anak, lain kali nak cakap benda yang melalut-lalut tu sila cakap dengan berhati-hati yee bila mahu berbual dengan orang tua anda. jangan jadi macam kat atas ni. :)



daa baca dialog kat atas. haha. actually tu perbualan aku dengan mom aku. haa, hamik kau! kena setepek sound dengan mom aku tempoh hari lepas. haha. aku saja jee,tak ada modal nak berbual. berbual mende alah tu. kan daa kena sebijik. terus terdiam aku. hehe.

yess! memang aku jelous ni dengan certain kawan-kawan aku yang lain. ada yang daa kahwin anak satu,belum lagi yang daa bertunang bakal kahwin tak lama lagi. wahh,macam seronok jee an.




sourse: google image


see,sweet jee kan? haha.
berangan jee ala-ala angan-angan mat jenin.
^_______^


p/s:thanks,sudi baca.

GA: 'IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY'


salam,selamat pagi semua.
rajin bebenor aku pepagi daa menghadap lappy.
thanks to ATIEN AZIERRA ditag sama dia.
jum ramai-ramai join GA 'IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY'. dia buat GA khas dibuat untuk follower blog IZYAN MASRI yang tercinta.

mahu join boleh click sini untuk syarat-syaratnya dan akan ditutup mengikut permintaan kawan-kawan blogger.
wahh,izyan yang comel kalau boleh saya nak hadiah grand prize tu tau,tak pun dapat choclate brownies tu boleh juga laa. *nada membodek tak tahu malu. haha.

tag:

Isnin, 2 Mei 2011

EMPAT :)

salam,holla readers ~~
apa khabar? sudah makan? korang sedang buat apa tu? *wahh,rajin bebnor aku bertanya yee. oke,dah lama aku tak kena diTAG. kali ni aku kena jawab soalan beribu2 panjang soalannya dan aku kena jawab layaknya mahu mengambil exam besar. haha. lama tak jawab soalan-soalan ni. aku diTAG oleh friens blogger aku SYALLIEY YATIEY. comel jee orangnya. sorry ea liey,saya jawab tag awak lambat. baru teringat. heee :)

oke,ready untuk menjawabnya. semoga korang have fun membacanya. peace yaww! XD

4 perkara tentang diri saya ?
  1. seorang pelajar di sebuah kolej IPTS
  2. bakal menghabiskan pelajarannya dalam bidang DIPLOMA IN ACCOUNTANCY
  3. suka beli barang buat ARTIFAK *mereka yang tahu sahaja bagaimana perangainya
  4. kedekut dan sengal *bila ada timenya
4 nama manja
  1. siti *in family
  2. zaleha *kawan skola or kolej
  3. leha * housemate or kawan kolej
  4. leha tempe *gelaran dari housemate and someone classmete. grr~~
4 perkara baik aku buat hari ni
  1. bangun tidur lambat *auww,baik ke tu. hishh,anak dara ni. :)
  2. kemas-kemas rumah agar kelihatan kemas
  3. duduk memerap di rumah sahaja *tak keluar pun
  4. berblogging sahaja sambil cari idea nak cari kerja kosong.
4 tempat yang nak sangat pergi
  1. pulau bali,indonesia
  2. itali
  3. pulau pangkor
  4. new zealand
4 benda wajib bawa kalau keluar
  1. sony mp3
  2. shawl *mana tahu pergi tengok wayang ka,sejuk !
  3. handbag
  4. purse,compact powder *eh,eh lebih daa ni ^______^
4 perkara akhir sebelum join contest ini
  1. basuh baju
  2. makan
  3. online 24 hours *fb,twitter,formspring,tumblr,blogspot !
  4. tengok tv+main dengan kucing comel
4 orang yang paling sayang dalam dunia
  1. arwah ayah T_____T
  2. my mum
  3. my sis
  4. super duper BFF
4 jenis ragam manusia yang aku jumpa hari ini
  1. manusia yang konon romantik *like boyfie and girlfie at fb. TOLONGLAH !
  2. yang tak faham bahasa
  3. baik hati
  4. suka tanya banyak kali *nada geram
4 misi perlu dicapai tahun ini
  1. cepat2 nak habiskan diploma ni and sambung degree *amin
  2. nak cari kerja cepat2 *tolong carikan kekosongan
  3. wanna camera DSLR *2years waiting
  4. mr.RIGHT ? *sila isi borang. haha ! :)
4 tabiat buruk
  1. cepat pelupa dan leka
  2. suka cakap ikut suka hati jee
  3. suka buat orang kena cakap banyak kali cakap and tegur, baru ikut.
  4. suka letak barang merata-rata tempat
4 perkara saya fobia
  1. kena diBERAKkan oleh burung ! *demm sangat
  2. tak boleh dengar barang jatuh kuat-kuat
  3. sama ular *no,no !
  4. terjatuh like nangka busuk and
  5. tercium ketiak mamat bangla dalam train *ouhh,hanya tuhan sahaja tahu bagaimana :)
4 sebab join contest ini
  1. diTAG sama SYALLIEY YATIEY
  2. hobi
  3. suka hati
  4. seronok ! sila laa tag lagi.
tagged orang lain
  1. awak
  2. kamu
  3. dia
  4. kau
  5. dan kamu-kamu semua sesiapa yang berminat :)

DONE ! soalan tamat. have fun reading guys and readers. :) thanks.


BARBICAN itu betul ke haram ?


holaaa,aku tak tahu betul ke tak air BARBICAN ni haram ke tak sebenarnya. kebanyakan info aku baca ada cakap air ni sebenarnya haram sebab ianya tak halal,kerana arak. aku dapat gambar ni dari 1 laman fan page Islam kat fb MAKANAN DAN MINUMAN YANG DICEMARI KESUCIAN UNTUK UMAT ISLAM. boleh tekan sini. mungkin isu ni daa lama kalau ada yang dah tahu, tapi tak salah untuk aku berkongsi bersama.


antara info yang aku dapat :


Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang adakah JAKIM mengiktiraf minuman Bir Halal ini .?Kenapa tiada Logo HALAL JAKIM . ?

ini adalah persoalannya sekarang. Umum mengetahui JAKIM adalah pengeluar sijil HALAL yang diiktiraf di seluruh dunia jadi tanpa Cop HALAL rasmi dari JAKIM sesuatu produk makanan itu adalah was-was untuk dimakan atau diminum.
Kita berada di MALAYSIA .
Saya hendak tegaskan kita berada di Malaysia bukan di negara orang . ! jesteru itu sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam cop HALAL adalah menjadi perkara wajib ketika hendak membeli barang. Tiada tanda HALAL maka jangan Beli .. !
Kenapa saya berkata sedemikian, oleh kerana Malaysia adalah negara islam jadi soal HALAL dan HARAM sesuatu makanan adalah sangat ditegaskan dan sebarang kemasukan barang asing perlu di selia terlebih dahulu bagi menentukan HALAL dan HARAM sesuatu bahan makanan itu.
Tidak dinafikan, maysarakat sekarang terlepas pandang mengenai isu HALAL atau HARAM sesuatu makanan itu. Bukan itu sahaja banyak produk2 makanan yg tidak diiktiraf menggunakan pensijilan dan cop logo HALAL yang palsu.
Jadi sebagai seorang islam saya menyarankan kepada semua orang islam di malaysia supaya memilih makan yang ada logo dan cop HALAL sahaja demi kesejahteraan ummah dan kaum sejagat.
Berbalik pada isunya disini ..
Menjadi tanda tanya pada saya di waktu menulis entry ini .. Kenapa mahukan "Bir Halal" ? saya agak pelik mengenai situasi ini kita diberi akal dan fikiran sampaikan ingin meghalalkan sesuatu yang haram . ? apa yang sedapnya pada air bir ini sampaikan ia hendak dihalalkan .. ?
Banyak lagi persoalan yang terbuku di benak fikiran saya sekarang. Tidak cukupkah air yang kita minum sampaikan hendak membuat sesuatu air yang haram itu menjadi halal .. ?
pada tahun 2009 Utusan Malaysia ada menyiarkan mengenai Syarikat yg ingin mengeluarkan minuman bir tanpa alkohol .

Utusan Malaysia, 8 Mei 2009

Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

dalam kenyataan itu juga,

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.




p/s : wallahualam :)

aku dapat tawaran kahwin laaa ! haha. :)

salam,hye readers :)
see,picture kat bawah tak? 1 week lepas aku dapat surat ni,mak aku yang sampaikan kat aku. aku ingat surat apa laa sangatkan ? ingatkan tawaran kahwin ke apa ? *nada menggatal jap.
aha !



rupanya bukan. rupanya aku dapat tawaran dari KPTM KL. aku ditawarkan tawaran mengikuti program di KPTM dalam program PROFESSIONAL ACCOUNTANCY ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA) selama 4 tahun.

dengar macam best and panggilannya bulan 6 ni. yang aku pasti semua student batch kolej sama dengan aku kebanyakannya semua ada dapat tawaran ni. weeeeeee,ruginya kalau lepaskan. tawaran ACCA kot. aku nak pergi, tapi macam tak boleh jee. mom aku pun macam bagi tak bagi jee. sumpah aku cakap rugi sesangat kalau LEPASKAN !

camne aku nak bincang bebaik dengan mom aku ni ? aisehh,serba salah. huwaa ! mak akak nak pergi. please,please. :)

Ahad, 1 Mei 2011

KISAH: jawapan paling pandai orang tanya APA MAKSUD GAMPANG ?

entry keDUA untuk pagi ni.
baru teringat nak cerita. :)

suatu hari ketika di waktu tengah hari, suasana yang panas redup angin sepoi-sepoi.

si polan: weyh,kau ni macam gampang betul laa.

si minah: kau laa gampang sangat.

si polan: kau laa.

si minah : kau tahu tak apa maksud gampang ?

si polan : aku tahu laa.

si minah: kalau kau tahu apa maksud dia. apa maksud gampang?

si polan : kan ada dalam kamus dewan dan bahasa.

si minah: aku tahu laa,tapi apa maksud dia kalau kau tahu.

si polan: oke,gampang tu maksudnya dulu ada dua orang kawan sorang cina sorang india. diorang rapat sangat. yang cina nama GAM yang india pula PANG berasal dari
ampang. diorang berdua selalu bersama. ada pakcik ni nak panggil diaorang berdua.
weyh,kau berdua mari sini. dua-dua aku nak GAMPANG ! *tu laaa asal nama gampang.

si minah: kau gila ke apa ? orang tanya maksud gampang? bukan asal gampang. BODOH !

si polan : hahahahaha. tu laa jawapannya.

semua hanya mampu ketawa sahaja bila dengar jawapan macam tu.

soalan paling pandai dan jawapan paling sengal. orang tanya lain lain yang dijawabnya. actually, ni dialog antara member aku dengan abang office aku. sengal !






tolong doakan kurus boleh ? ^_____^

selamat pagi tengah-tengah buta. hye readers,bloggers :)
wahaha,aktif bebenor mata pepagi buta ni yeee. sini baca nak shout ni ! pada sesiapa yang baik hati,murah hati,ringan tulang dan yang sewaktu dengannya nak mintak tolong ni. tolong doakan saya kurus boleh ? ^_____^ *sambil buat2 muka mintak penampar kaki tangan. ala,bukan luak pun kalau korang tolong doakan aku kurus. korang gak yang dapat pahala nanti :). jangan kedekut sangat. haha !

yeeee,ada yang tegur aku daa GEMUK ! diulang daa GEMUK ! ish,ish. bila aku tanya 'gemuk sangat ke aku ni ? '. ada yang cakap 'tak laa,oke jee aku tengok. cuma nampak berisi ' *ayat konon nak kasi hati sedap. haha. yaaaaaa,memang betul aku daa berisi. berisi kenapa? senang hati ka or daa ada orang jaga ?

source:google.
*aku tak laa segemok ini oke :)


haha ! kelakar bila cakap macam tu. mana ada ! daa memang badan aku cepat naik tapi lambat nak turun nak buat macam mana ? aku pun perasan badan aku semakin naik sikit. tu namanya aku sihat. at least tak de laa sampai kena obesiti. tapi aku tetap gak nak kurus macam ni. boleh tak ?

source:google
*oke,aku jeles sebentar. :)


SEKARANG vs DAHULU

cuba tengok sikit perbezaan gambar di atas ? sebelah kanan aku yang sekarang dan sebelah kiri aku yang dulu. tak silap wantu aku sem 4. sila lihat dengan jelas dan beri komen anda.

soo,dengan ini aku nak mintak jasa baik tuan-tuan,puan-puan,kakak,adik,abang,sepupu,sepapat,
jiran sebelah untuk tolong doakan saya cepat2 kurus oke. :) jasa kalian semua amat saya hargai. *sambil buat muka 10$.

p/s:terima kasih !