CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Ahad, 10 April 2011

macam daa tak ada maknanya lagi

selamat malam readers. before nak masuk tidur ni,rasanya mahu mengupdate sesuatu laa. yeahh! mai kongsi-kongsi yeee. *bukan cerita kongsi tu yang bakal kuar tak lama lagi tu. :)

pernah dengar tak pepatah ni "rambut sama hitam,tapi hati lain-lain". yeee,manusia ni macam2 jee peragainya dan tingkah laku. semuanya berbeza. semuanya tak dapat dijangkakan apa yang manusia ni sanggup nak lakukan. rambut jee sama hitam,tapi hati lain-lain. sebab sekrang daa tak daa rambut nak warna hitam. sekarang macam-macam trend warna ada. kaler merah kejung, coklat karat,hijau or else laa. tapi hatinya aisehh! lagi laa lain-lain. ada baik,tak kurang buruknya. jangan kita anggap, semua orang sama dengan perangai kita. Jangan kita ingat bila kita suka benda tu, semua orang pun suka.

Kalau orang lain respect kita, kita pun respectla orang lain gak. Bila orang dah cakap dia dah tak suka benda tu,,,jangan kita menidakkan apa yang dia kata kerana kita suka benda tu. Jangan kita menilai seseorang dari perangai kita.

Bila seseorang kata dia tak suka benda tu, jgn kata org tu hipokrit sebab kita suka benda tu. Bila orang tu dah cakap, terus terang apa yang dia suka, tak suka, so, janganla kita kata dia hipokrit kerana tak sama dengan perangai kita… Bukan dia tak suka benda yang kita suka tu sebab kononnya nak tunjuk baik… Tapi, dah memang dia tak suka, dia tak sukala. Kan dia dah berterus-terang yg dia tak suka, kenapa kita kata dia hipokrit??

Kononnya kita hipokrit la ye? Kononnya kita tunjukkan perangai sebenar lah yek? Memangla bagus menunjukkan perangai kita yg sebenar… Tapi, kita ada akal. Bak kata orang, ikutkan hati mati, ikutkan nafsu, lesu… So, kalau kita suka sesuatu benda…berfikirla dahulu benda tu baik atau tak?

Kalau kita cakap je pun, walaupun kita tak buat tapi sebenarnya kita dah menghampiri benda tersebut. .. Bak kata orang lagi…banyak cakap lebih menjuruskan kita kepada yang tidak betul Lagi banyak yg kita cakap, lagi banyak yang kita silap. Lebih baik diam, daripada bicara yang boleh membuatkan fikiran runsing.

Masing-masing ada akal, fikir kan baik buruk setiap apa yg kita nak lakukan… :)

0 0000 awesome blogger says?: