CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Khamis, 28 April 2011

short ! :)

salam,
hye readers,bloggers and kawan-kawan.
huwaa! lamanya tidak bersua. haha. aka sudah lama aku tak jenguk blog + membebel. heee :). yess! aku di bumi JB atau JOHOR BAHRU sekarang. rindu gila sama family. aiyooo, ni menunggu driver datang ambil. *heee :).

sepanjang perjalanan aku nakke JB macam -macam ragam dan perilaku yang dapat aku tengok. huh! manusia memang macam-macam perangainya,gayanya,tingkahnya dan segala-galanya. ada yang kelam-kabut nak kejar waktu takut terlambat or what,ada yang menunggu train ktm dengan cuaca yang begitu hangat, tak kurang juga melihat kerenah kanak-kanak kecil merengek menangis begitu manja dengan ibu bapanya.

haha,rimas juga laa kadang aku bila daa tengok keadaan macam tu. hoho,baru ku sedar sendiri kadang-kala kita pun macam tu juga. tergopoh-gapah nak cepat-cepat semata-mata nak kejar train takut terlepas padahal boleh tunggu kot. haha. orang lain pun macam kita juga, akan melihat gaya kita sebegitu rupa. so0,tak ada perbezannya semua serupa. cuma masa dan keadaanya yang berlainan. pandai-pandai laa pikir sendiri dan menyimpulkan semua. :)

Jumaat, 22 April 2011

pemakaian CONTACT LENS itu BEST ka??

hye,hye..
yee,ini menjadi satu tanda pertanyaan bagi aku. tanda tanya laa sangat. tak kesah laa nak kata aku ni kuno sangat kee atau aku terlalu JAKUN sangat or soo whatever. aku tak kesah langsung.

yeee! aku ngaku sebab aku memang KUNO sangat. haha. sebab aku tak berapa PRO sangat laa dengan hal-hal berkenaan contact lens ni. hoho! sebab tu aku tanya best ka pakai contact lens ni?? siapa yang daa memang pro pakai tu,sila bagitahu aku yeee. :) *buat muka nak mintak sidekick kiri kanan. XD

aku selalu tengok budaya pemakaian contact lens ni semakin menjadi trend tak kira di kalangan remaja atau golongan dewasa kini. tapi bila tengok diorang pakai ni terlalu cantik sangat laaa. comel gitu,ala2 mata barbie patung tu.

see,macam2 pilihan warna kan yang boleh kita pilih.


jeles laa gak terdetik bila tengok diorang pakai sebab nanti mata akan jadi sebiji macam bola pinpong macam ni..

see,besarkan?? takut nyahh! :)
sumber:google

hoho! jeles memang jeles bila tengok mereka semua pakai. sebab bila nak pakai mende alah tu kena laa pandai amik tahu tentang hal kebersihan juga laa. kalau tak pandai nanti akan jadi macam ni


*sila tengok dalam-dalam :)


setahu aku,kalau kita tak reti aka tak pandai sangat dalam bab keprihatinan dalam pemakaian contact lens ni akan menyebabkan mata kita kena CORNEAL ULSER. *nak tahu tu apa,sila google. sebab nanti google akan tolong jawabkan untuk anda . hoho! takut kan?

huwaa,terus kecut perut aku tak jadi nak pakai contact lens tu. bahaya ouww,boleh buat rosak mata jee. soo,aku lebih selesa pakai macam ni


*see like nenek kan? :) hoho.

soo,bagi yang daa bese pakai tu,nak tak pakai lagi. hehe. bukan sengaja nak takutkan,tapi memang sebetulnya fakta. :)

p/s; bahu baca lanjut tentang penyakitCORNEAL ULSER boleh terjah and click sini.


terima kasih sudi baca :)













KUBUR BERTARAF 5STAR

salam..
hye readers,bloggers and kamu-kamu semua. hoho! cerita menarik ni aku godeh-godeh dekat OH! TIDAK. pernah dengar tak kubur bertaraf 5 star. haaaaa,jangan memain. ingat hotel-hotel bertaraf antarabangsa jee ada 5 star? kubur pun ada tau bertaraf 5 star. lagi selesa woo! macam kat rumah banglo gitu. rumah aku pun tak ada laa macam tu sekali. haha.

mai selongkar sini:









gambar sumber OH! TIDAK


see,cantikkan? macam bilik woo hias cantik2 sebegitu. btw,ini kubur kristian kat LUBNAN. korang boleh baca dekat sini. ada juga yang nak buat macam ni kan,untung betul si mati. hishh,orang mati bawa amal ibadat. ni mati bawa segala macam harta benda dunia. aduhai.. agaknya mereka tak nak si mati boring kot. :)


p/s: beringat-ingat laa yee :)

Khamis, 21 April 2011

lama ke baru,KENAPA NI??

salam..
hey readers,bloggers and kamu-kamu semua.
eh eh, apa yang lama apa yang baru dan kenapa ni?? yeye, tadi aku nak on account TWITTER aku.
terkejut beruk kejap alkisah macam orang jakun cikit. apa yang aku jakun sangat huh! ni huh, tengok ni






twitter daa berwajah baru. tweet-tweet,comel laaa.
*jakun sekejap. ^___________^.

sementara aku on laa sekali account formspring aku ni. alih-alih jee tak boleh nak bukak. boleh pula dia kata:

Oh no! We’ve been temporarily overwhelmed by burning questions!

For updates, check out our Status Blog & Twitter feed.




grr~~ T________T
buat hal pulak kau time aku nak bukak,kononnya sedang rajin lerh nak menjawab segala mende soalan-soalan yang ada dalam tuh. huhu! :)



p/s: tak ada modal nak story. MALAS! :)




Isnin, 18 April 2011

gabra ni weyh..

salam..
hey readers,followers,bloggers,stalkers. :)
oke,baru jee tadi aku dikejutkan*terkejut kaaa?? abaikan...aku dikejutkan dengan 1 mesej dari lecturer praktikal aku. hoho.. dia ingatkan aku yang aku akan buat final project presentation aku next monday ni. huwaaaaaa,tetiba jee aku daa gabra gila macam pic bawah ni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


*ada sama tak? cikit jee laa. yang lain macam korang semua oke.
haha. joke jeee.


yelaa,mana aku tak gabra. lecturer aku ni jenis speaking BI punya kaw-kaw. macam mana laa aku nak bebel sensorang kat depan dia ni. aiyooo,belum dengan report tak siap lagi. pemalas bebenor ni. aisehh,dalam fikiran aku ni macam-macam nak fikir ayat apa aku nak bedal ni masa presentation ni nanti. pandai laa nak bedal masa bebel-bebel nanti.

by the way,wish me luck ya. moga-moga masa aku presentation nanti semua berjalan lancar. amin.


p/s:sanagat malas nak buat report ni. :)









Ahad, 17 April 2011

mana perginya sifat budi bahasa anda yang indah tu?

salam..
hey readers,bloggers,stalkers. :)
mari sini PRDSB mahu memulakan hujah pada petang ini. kan best kalau pekena cekodok,goreng pisang time panas2 ni tambah air teh o panas. fuhh! kaw kaw habis. *oke,iklan sebentar. sila beri fokus. hehe.

mahu sharing pendapat sini. actually,semalam aku pergi laa some kedai ni nak beli barang. aku terperasan laaa si polan bin polan melayan someone customer ni. customer ni * si minah binti minah ni daa beli segala mende barang dia nak beli,tiba masa dia nak bayar. dia bertanya laa baik-baik sama si polan bin polan ni. "berapa harga semua ini incik?" *si minah binti minah bertanya. "semuanya RM***. " *si polan bin polan ni jawab. tetiba si minah binti minah ni tanya balik berapa harga barang yang dia beli,sebab dia kurang jelas pendengaran dengan nada lembut. *maybe dia berangan kot.

aiyoo,time tu aku boleh perasan air muka si polan bin polan ni lain macam berubah berang. "eh,kau ni pekak ke apa. semuanya RM***. faham! tu laa telinga letakkat kaki." *si minah binti minah ni daa terkejut,cuak gila bila dengar si polan bin polan ni daa marah. kecut perut dia. apa lagi si minah ni terus keluarkan duit,then terus bayar and cabut sambil berkata "@#$%^&" dalam nada perlahan. *aku pun tak faham. aku sendiri dengar kat situ pun terkejut.

tu diaa,betul2 laaa si polan bin polan ni layan customer dia sampai macam tu sekali. hohohoho,orang tanya dengan baik kot,jawab laa baik2 gak. huuuuu,boleh buat lari customer woo. betul2 tak ada budi bahasa laa si polan bin polan ni. mana agaknya budi bahasa dia ni. grr~~ kalau aku jadi jadi si minah tu,terus sound jee. aiyooo!

tu laa manusia. kalau yee pun time tu hati tengah marah ke or what,jawab laa dengan baik. bukan susah sangat pun. ni pun jawab dengan nada marah pun,orang pun takut seyh. mana seyh letak budi bahasa tu. kesian si minah binti minah tu aku tengok,tak pasal2 kena tengking kat situ. ish,ish,ish...


p/s: budi bahasa budaya kita. :)





entry khas untuk INCIK ZIPPO MILLER.

salam..
hey readers,stalkers,bloggers and keangkawan :). huwaaa,tak tidur lagi. mata punya laaa celik sangat pepagi buta camni. confirm dapat eye bag yang berbag bag nanti. :) mahu update story lepas punya. selalu lupa laaa. seminggu lepas,aku dapat kejutan dari INCIK ZIPPOMILLER. katanya belog lapuk ni termasuk dalam senarai 7 BLOG CONTOH. huuuuuuu,terkejut beruk nyahh! mahu lihat boleh tekan situ.

ini komen dari INCIK ZIPPOMILLER



*click untuk tumbesaran itu penting.

cepat2 pergi terjah blog INCIK ZIPPOMILLER. terus ada kuar sini.



waaaa,betul. tak tipu punya. *terharu sekejap. thanks a lot INCIK ZIPPOMILLER sebab sudi buat review blog saya. :) ada gak yang sudi buat review blog lapuk ni. thnx a lot so much! hehe,kelakar pula bila INCIK ZIPPOMILLER cakap 'kelembutan beliau'. eceh,saya ganas tau. :)

TERIMA DAUN KELADI :)

p/s: maaf lambat update.










Sabtu, 16 April 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI...

salam...
hey readers,bloggers,stalkers :). selamat petang diwaktu hujan gerimis turun menyembah bumi. yeyeye,sungguh indah untuk tidur-tiduran di atas tilam. *sudah-sudah cukup untuk berangan. :)



ni huh! join segmen abang BENASHAARI gegar lagi.............. :)

p/s:masih sempat lagikan before tomorrow. heee


Jumaat, 15 April 2011

jawatan kosong diperlukan segera!

hey readers,stalkers,bloggers,kawan-kawan. :)

auchuum!!*selesema berpanjangan. seminggu tak berupdate. malas bebenor kebelakangan ni. oke,daa cukup laa alasan tu. nanti korang bosan pulak an. mai,mai sini nak shout!! ada JAWATAN KOSONG menanti anda. bagi sesiapa yang sedang menanam anggur kat belakang,depan,kiri,kanan uma tu atau yang sedang mencari kekosongan kebosanan sini,sini. ada peluang keemasan untuk anda. rugi woooo kalau anda tak sertai!

peluang ini hanya datang sekali-sekala. bukan berkali-kali,bukan beribu kali atau berbillion kali-kali. tapi hanya SEKALI! serious ni. peluang sangant berbaloi-baloi. pendapatan sangat marvellous dan elaun juga disediakan. kelayakan harus dipatuhi.


bagi yang berminat sila ke hadapan PC anda sekarang! reka ayat resume anda,sediakan gambar berukuran passport A4 sebesar 6inchi 1/2. pastikan gambar anda berpakaian kemas2,jangan selekeh-selekeh. sudah siap and ready pastikan semua detail2 anda menepati citarasa semua.

anda boleh ke ditemuduga mengikut senarai kelayakan dan keistimewaan anda. jangan gabra dan jangan takut. hehe. mahu lihat kelayakan dan tarikh tutupnya di................


sila scroll ke bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


maaf,anda telah tipah tertipu. haha. jadikan sebagai hikmah ada kebenarannya, :)

p/s: subhanallah!

Ahad, 10 April 2011

macam daa tak ada maknanya lagi

selamat malam readers. before nak masuk tidur ni,rasanya mahu mengupdate sesuatu laa. yeahh! mai kongsi-kongsi yeee. *bukan cerita kongsi tu yang bakal kuar tak lama lagi tu. :)

pernah dengar tak pepatah ni "rambut sama hitam,tapi hati lain-lain". yeee,manusia ni macam2 jee peragainya dan tingkah laku. semuanya berbeza. semuanya tak dapat dijangkakan apa yang manusia ni sanggup nak lakukan. rambut jee sama hitam,tapi hati lain-lain. sebab sekrang daa tak daa rambut nak warna hitam. sekarang macam-macam trend warna ada. kaler merah kejung, coklat karat,hijau or else laa. tapi hatinya aisehh! lagi laa lain-lain. ada baik,tak kurang buruknya. jangan kita anggap, semua orang sama dengan perangai kita. Jangan kita ingat bila kita suka benda tu, semua orang pun suka.

Kalau orang lain respect kita, kita pun respectla orang lain gak. Bila orang dah cakap dia dah tak suka benda tu,,,jangan kita menidakkan apa yang dia kata kerana kita suka benda tu. Jangan kita menilai seseorang dari perangai kita.

Bila seseorang kata dia tak suka benda tu, jgn kata org tu hipokrit sebab kita suka benda tu. Bila orang tu dah cakap, terus terang apa yang dia suka, tak suka, so, janganla kita kata dia hipokrit kerana tak sama dengan perangai kita… Bukan dia tak suka benda yang kita suka tu sebab kononnya nak tunjuk baik… Tapi, dah memang dia tak suka, dia tak sukala. Kan dia dah berterus-terang yg dia tak suka, kenapa kita kata dia hipokrit??

Kononnya kita hipokrit la ye? Kononnya kita tunjukkan perangai sebenar lah yek? Memangla bagus menunjukkan perangai kita yg sebenar… Tapi, kita ada akal. Bak kata orang, ikutkan hati mati, ikutkan nafsu, lesu… So, kalau kita suka sesuatu benda…berfikirla dahulu benda tu baik atau tak?

Kalau kita cakap je pun, walaupun kita tak buat tapi sebenarnya kita dah menghampiri benda tersebut. .. Bak kata orang lagi…banyak cakap lebih menjuruskan kita kepada yang tidak betul Lagi banyak yg kita cakap, lagi banyak yang kita silap. Lebih baik diam, daripada bicara yang boleh membuatkan fikiran runsing.

Masing-masing ada akal, fikir kan baik buruk setiap apa yg kita nak lakukan… :)

Sabtu, 9 April 2011

SEGMEN:PENCARIAN BLOGGER BARU DAN LAMA





berjalan-jalan sambil makan angin singgah kat blog sini cik YUYUE ada buat segmen.
dia ada buat 1segmen: pencarian blogger baru dan lama.
mahu join click jee kat banner tu,automatik anda akan ke blog dia.

-saya blogger baru
-follower yang follow blog selapuk-lapuk setakat ini 217 orang *alhamdulillah.

tag:

done!


p/s: to cik yuyue,sorry ter'follow' kamu dua kali. silap tekan. :)


Jumaat, 8 April 2011

''Jom Join Bloglist Haris Kaito''



yeah! saya mahu bloglist HARIS KAITO!
mahu join click sini untuk ketahui syarat-syaratnya. :)

tag:

done! :)


Khamis, 7 April 2011

musuh dalam DIAM!

menghitung hari,detik demi detik. eh eh,tetiba menyanyi pula. kenapa? kenapa? haaaaa,tunggu ceritanya nanti next time oke. :) mai,mai sini nak cerita pasal musuh ni. mesti korang ada musuh an. nampak bebenor menipu kalau tak ada musuh. tak kira jahat atau baik.

aku pun ada musuh juga. musuh aku ni jahat sangat. uh,pi main jauh-jauh. tak suka laa! musuh aku nak cerita ni musuh dalam DIAM! tau. suka sangat jeles dengan manusia-manusia yangberada disekelilingnya. musuh ni boleh membuatkan kita stress tak tentu pasal. mahu tidaknya boleh buat kita masuk hospital sakit jiwa 1 hari nanti.

jum jengah cara nak elak musuh kita ni!

1.ambil mudah keadaan fizikal
-yeaah! musuh kita suka ambil mudah dengan keadaan fizikal kita. asal kita lalai jee,start laa dia nak ambil bahagian. sebenarnya kita boleh elakkan dia. kita boleh kembangkan keadaan fizikal kita dengan melakukan hal-hal yang berfaedah. like bersukan kee,beriadah kee or anything. asalkan benda tu boleh buatkan kita kuarkan peluh.

2. waktu tidur tak menentu
ha,yang ni paling famous emes sesangat laaa. paling suka betul musuh-musuh yang tak dijemput suka hinggap. sebab ni jee boleh buat alpa. malam jadi burung hantu,siang jadi burung belatuk. eh eh,betul ke tu. abaikan sahaja. seperti kita tahu sendiri kan. tempoh tidur seseorang tu adalah 7-8 jam sehari. dan paling mujarab,kita kena laa ubahkan waktu tidur kita. dengan merancang semula kehidupan agar lebih teratur.

3.pemakanan tidak seimbang
aisehh,kena ambil berat ni woooo. jangan laaa abaikan sesangat. jangan terlalu mengikut selera sangat masa nak makan kerana lama-lama nanti akan memudaratkan.

sebab hanya dengan ketiga-tiga perkara ini musuh dalam DIAM! kita akan menyebabkan kita menjadi M.A.L.A.S! haha. tu laaa musuh kita. jahatkan! :)




Selasa, 5 April 2011

kenapa suka terlalu perasan sangat

selamat tengah hari readears,^____________________________^. hari selasa yang membosankan. yess,next week hari isnin daa habis aku praktikal. seronok,seronok. :)

mari ke tajuk perbicaraan. *ingat ni mahkamah ke apa,nak tajuk-tajuk perbicaraan lak. aisehh,saja jeee. yeee,kenapa kita suka terlalu perasan sangat erk?? aku pun konpius dengan soalan ni. yelaa,mungkin kita boleh fikir sendiri kot. sebenarnya jawapan tu ada sendiri pada kita. so0,pandai2 laaa manipulasikannya sendiri.

cuba korang perhatikan... kekadang bila time dapat pujian atas hasil usaha kita sendiri tak kira laa usaha pape pun laa an,mesti kita daa kembang semangkuk an? haha. start laaa. mana tidaknya bangga dengan diri sendiri ada orang puji kita. even susah nak dapatkan pujian tu. aisehh,, manusia memang macam tu kan pantang kena puji jeee,perasannya melebihi had impak maksima. maksima laa sangatkan. heeee :)

haha. normal laaa tu. kekadang pun aku macam tu gak. tapi uh kan kejap jeee bangganya tu. tak boleh riak sangat. nanti berdosa. :) tapi kekadang aku perhatikan orang sekeliling aku tak kisah laa sesiapa pun,pantang kena puji sikit. tu diaaa! mak oiii... perasan kembang semangkuk tahap hantu mak limah. huhu. suka noo kena puji pastu perasan sangat konon dia laa lagi terbaik antara memang terbaik laaa konon. tu belum lagi dengan perasaan bangganya. aisehh,buat orang lain kadang tengok meluat.


so0,renung-renungkan jee laa bersama. :)



Isnin, 4 April 2011

ber'BROGA' HILL

selamat ppetang readers. ouhh,,sudah bersawang lamanya ini blog yang ditinggal begitu sahaja. :) yeyeye,ini mahu sampaikan story bila ke'EXCITED' an sangat ekspidisi ber'BROGA' HILL bersama geng tempat kerja aku. tahu tak kat mana bukit ber'BROGA' tu?? mungkin ada yang daa tahu,soo aku nak bagitahu gak. ianya terletak dekat semenyih. tak tahu juga boleh search google map! heee,mai start nak berstory.



alkisahnya,selamat datang ke bukit ber'BROGA'



2/4/2011 kami and the geng berekspidisi ke bukit BROGA




sebelum berangkat mendaki,haruslah untuk ber'snap-snap'. itu memang WAJIB!:) kami bertemakan red's team sbb kalau hilang senang nak cari. haha. *hilang laa sangatkan. tapi sesat yang berbaju biru tu. :)

around pukul 7.40 am kami bergerak memulakan menawan bukit BROGA. haaaaaa,berapa kali berhenti-henti sebab pancit. kesian korang semua an. heee, :)




see,cantikkan pemandangan BORGA HILL waktu pagi.


ramai betul yang menawan BROGA HILL waktu ni. awal-awal lagi diorang daa datang. dan muka-muka yang berjaya mendaki sampai ke puncak yang tak seberapa tinggi.





yeahh! kononnya berjaya sampai ke puncak akhir. akhir laa sangat. yang penting kami sampai.
*yang daa pergi,tak payah tengok. nanti kutuk2. ada heran sangat ka? :)




berangan kononnya 'macho'. aha, :) si mondak tukang kesempatan membuli kami.
*oke,aku cerita bohong jee.



si mondok cakap: 'minah ni SS'.. dia jeles tu. *abaikan manusia di belakang tu.


pasangan ni berhajat 1 hari nanti nak ber'photoshoot' macam sheikh muszhapar kat sini.
*oke nantikan yeee.


aku yang macam selenga. kepenatan. :)


dan paling syokk,akak office aku ni kena ngurat. ngurat apa? ngurat nak amiik gambar sekali laa.
dia cakap: 'will you marry me?' haha. * ^_______^ buat muka shy,shy.



at last,snap before mahu turun. :) mahu pergi lagi.



p/s: cerita merapu-rapu jee.