CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Rabu, 23 Februari 2011

orang-orang tua suka pesan..

eh eh,hye hye.
selamat malam. :)
rajin mengupdate pada malam hari.
yeee,rajin laa sangat. *oke,daa stop membebel*

saje nak kongsi pernah dengar tak orang-orang tua suka berpesan dulu-dulu.
yelaa,orang tua-tua ni dulu banyak pangtang larangnya.
tak macam kita orang muda-muda zaman sekarang daa lebih pandai and bijak.
bila cakap macam tu jee,
'eee,kau ni kuno laa mana ada guna lagi mende2 cam tu. percaya sangat. karut jee.'
mesti kena menganjing cam tu an.
tapi kekadang fikir-fikir balik apa yang orang-orang tua dulu ni cakap ada betulnya.
bukannya apa katanya sebab nak menjaga adab.
*memang pun betul*

antara kebanyakan orang-orang tua selalu pesan:

1.jangan suka duduk kat tangga,nanti tak ada orang datang meminang.
2. jangan suka makan berpindah-randah,nanti alamat kahwin ramai.
3.jangan suka menyanyi di dapur,nanti dapat laki tua. *bagi anak dara*
4.jangan lupa basuh kaki sebelum tidur,nanti mimpi jumpa hantu.
5.jangan keluar waktu senja,nanti kena sorok dengan bunian.
6.jangan suka makan leher ayam,nanti leher teleng.
7.jangan suka duduk atas bantal,nanti b***** bisul.
8.jangan suka gigit kuku,nanti alamat ada nasib buruk.
9.jangan suka buang nasi merata-rata/membazir,nanti nasi menangis.
10.jangan suka buka payung dalam rumah,nanti ada ular.
11. jangan suka makan pangku pinggan,nanti rezeki tak masuk.


dan banyak lagi apa yang orang tua suka pesan.
tapi itu jee laa yang aku tahu dari yang emak aku selalu cakap.
memang laa adakalanya tak logik,tapi apa yang orang-orang tua cakap tu kadang ada betulnya.
sekadar mahu berkongsi. :)
bye!


2 0000 awesome blogger says?:

micky eyqa berkata...

selalu nye msti ada bnda xbaikkan kalau buat hehehe :)

siti zaleha berkata...

yups,tahu tak pe.