CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Selasa, 25 Januari 2011

OUH! abang misai


hey,hey..selamat malam..
sudah berapa hari lamanaya tidak mengupdate.
FUHH! datang balik. :)
oke,broadband tak bayar lagi laa ni pn sempat2 je sebab pinjam broadband kawan punya.
sebab tu tak mengupdate sangat sekarang ini.
urmm,,alhamdulillah follower makin ramai.
thanx pada follower yang sudi follow belog yang tak sehebat blogger lain.
ada masa nanti saya follow belog kalian. :)

okeoke,sekadar mahu berkongsi.
tadi aku pergi menjelajah berita harian online..
terperasan kat satu artikel ni OUH! abang misai keluaran 21/1/2011.
korang suka tak lelaki bermisai ni?
agak2 korang lelaki yang bermisai ni nampak macho,segak atau gatal uh?
aha,itu mesti masing2 ada pendapat lain-lain an.
pendapat aku,lelaki ni bila ada misai nampak 'macho' sikit and matured laa.
tapi bila tak ada misai lak macam budak-budak sikit.
opss,sorry pada lelaki.
tetapi ada juga cakap lelaki bermisai ni hanya untuk menjaga imej diorang jee atau bergaya.
auww~~ tapi kalau lelaki ni seorang yang pandai jaga misai dia dengan kemas memang laa akan nampak bergaya.
tapi kalau lelaki yang bermisai tapi tak tahu mahu menjaga penampilan dengan membiarkan misainya berserabut macam itu sahaja memang mencacatkan ada laa.
ouhh,tak selera nak memandangnya.
korang boleh baca kat sini.



handsome tak?
ada macam rupa korang tak. heee :)
tunggu next entry,ada kejutan untuk kalian nanti.

Rabu, 19 Januari 2011

tahniah ZAQUAN & AYU RAUDHAH nikah jumaat ini


korang baca tak paper metro hari ini...
mesti ada baca an...
kenal tak wajah di atas.
seorang pelakon dan seorang pemain bola sepak.
siapa lagi kalau bukan AYU RAUDHAH dan ZAQUAN..
wahhh,untung kedua tuan punya badan ni.
daa laa sorang cantik sorang kacak lak tuu.
memang sesuai kelas gitu.
aha, tak sangka mereka berdua nak kahwin.

kata ZAQUAN dalam satu petikan di dalam akhbar metro:
Mohd Zaquan berkata, keserasian hubungannya dengan Ayu Raudhah bukan disebabkan bakal isterinya itu memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, malah sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk terus berjaya hingga ke persada antarabangsa.

“Perkahwinan ini dan sokongan padu bakal isteri dijadikan sumber motivasi saya untuk terus maju dan cemerlang dalam bola sepak tambahan pula selepas kejayaan pasukan kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki, baru-baru ini.


“Saya yakin ia tidak menjejaskan tumpuan saya kerana dia (Ayu) amat memahami kerjaya saya,” katanya.



auww~~ sweetnya diorang berdua ni.
semoga mereka berdua bahagia sehingga ke anak cucu.
AMIN...

CONTEST GAMBAR PALING COMEL


eh eh,join contest meyh ramai2 jum,
kali ini di tag sama YUNY COMEL. :)
thnx yuny.
contest ini anjuran cikniza90.
memang comel lote tuan punya contest ni thats why laa dia buat contest gambar paling comel.
mahu join click sini and korang boleh tengok syarat-syaratnya, :)

oke,CIKNIZA90 saya mempertaruhkan picture saya yang tak paling comel di sini.


oke done!
saya tag:
1.sue


siapa punya kerja laa ni...

selamat malam..
eh eh,daa malam ke pagi erk??
lalalala~~
malam masih muda lagi an....
cett~~ padahal esok pagi aku daa kena kerja boleh sesuka hati tak reti2 nak tidur lagi an.
okeoke. aku just nak share kat korang jee an.
tadi aku pergi check kat statistic traffic blog PUAN RAHMAH DAUGHTERS STORY BLOG kepunyaan aku ni.
aku perasan lain macam jee kat search keywords traffic blog aku ni.
ada ke blog aku ni berunsurkan seks.
haishh,ada pulak tu pergi search 'rahmah sex' 'puan sex'.
cam SENGAL betul.
ingat blog aku ini apa.
siapa punya kerja laa ni an.
tengok picture bawah ini.


*click untuk tumbesaran itu penting! :)


aku pasti mesti antara rakan blogger lain pernah mengalami an perkara macam ini.
macam tak patut jeee.
tolong laa jangan ada perkara macam ini.
ada tak jalan penyelesaian untuk mengelakkan benda macam ni tak terjadi lagi?
kalau ada,sila share dengan aku.
thnx. :)


Ahad, 16 Januari 2011

cinta lewat usia


mungkin orang tidak ramai tahu yang cinta lewat usia ni banyak perbezaannya dan persamaannya yang banyak dialami oleh setiap orang dalam perbagai peringkat usia.

jum baca sambil menambah ilmu bersama-sama:

1.Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya. Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini. Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

  • Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

  • Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya. Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.


2.Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

  • Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung. Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

  • Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

Atau adakah semua wanita materialistik?

Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

  • Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.




sumber:kosmo! online famili

header for FI COMEL




oke,my part time job daa selesai.
fi comel,header untuk kamu daa siap.
siap ada dua sekali.
aha,pilih laa mana satu kamu suka. :)
sorry kalau sis buat tak lawa tau.

Sabtu, 15 Januari 2011

bila mata kiri berkedip-kedip

credit:google

ouhh,kenapa erk??
semenjak dua tiga hari ini mata kiri aku selalu berkedip-kedip.
pelik,,tapi masih tidak menemui jawapan.
hari ini pun dua,tiga kali gak mata kiri aku berkedip-kedip lagi.
adakah ia membawa maksud??
mungkin ada..
tapi tak tahu laa kita akan mempercayai atau tidak.
huh,sungguh tak logik langsung!

secara tak sengaja tadi,,
aku punya laa search kt "google" tentang akan maksud
'bila mata kiri berkedip-kedip'..
ada orang mengatakan:

ada org kata ada org rindu kat kita tu...
ada gak kata akan jumpa boyfriend nanti...
ada gak kata kita akan menangis...
ada gak ckp belah kanan berita baik..belah kiri berita buruk..


mungkin hanya kebetulan sahaja kott. :)



p/s: hope tak ada pape berlaku. :)



Khamis, 13 Januari 2011

fasha sandha terasa?



credit:google

kenal tak siapa picture kat atas tuh??
tak kan tak kenal kot..
FASHA SANDHA.. pelakon cantik yang terkenal tuu..
aha,pagi tadi aku de perasan masa time aku nak g minum pagi kat tempat kerja aku.
aku terpandang muka fasha sandha ni terpampang kat muka depan paper KOSMO!
mesti korang ada baca an paper hari ini.




auww~~semakin hot tentang beliau.
nak baca lebih lanjut click sini.



p/s:lumrah dunia~~ :)




Selasa, 11 Januari 2011

tolong ingatkan aku!

aduhai,lamanya xmengupdate. :)
maaf,ke"busy"an melanda laa.
tak sempat nak update.
ni pn baru online.
hehe,hari ini daa masuk hari kedua aku praktikal.
so0,esok menunggu nasuk hari ketiga.
ouhh,dugaan. cepat2 laa masa berlalu.
sebab nak cepat2 grade!
eh eh eh,melalut laaaa an.
oke sbnrnya nak cerita pasal ANA RAFFALI.
tak kan korang tak kenal kot..
alaa yang menang AJL25 1ST winner tuuu.
wo0w,hebat laa dia.
hehe,tahniah kepada beliau si manis cantik berbaju kurung.
memang kena laa lagu TOLONG INGATKAN AKU tu menang.
tahniah!

jum tengok picture2 ANA RAFFALI.
credit:google











Rabu, 5 Januari 2011

GIVEAWAY EDY:AWAK BUSUK!

eh eh,dapat tag dari EN.MANGGES..
terima kasih en.MANGGES.
hehe,amboi ciap panggil ANAK PEREMPUAN PUAN RAHMAH.
haha,boleh laa tu translate je. :)

berbalik pada cerita giveaway ni.
giveaway ni datang dari THE BEAUTY IN UGLY(en.ZAIDI)




eh eh,macam best jep.
hadiah memang best gak tu an en.ZAIDI. :)
memang best pun hadiahnya sebab satu untuk lelaki and satu untuk perempuan.
siap di sponsor lagi.
nak tahu hadiahnya click sini
kepada anda-anda semua nak join boleh click sini.
kata en.ZIADI:
1.buat 1 entry pasal giveaway ini tajuk "GIVEAWAY EDY:AWAK BUSUK!"
2.jadi follower belog en.ZAIDI.
3.wajib tag 2 orang seorang lelaki dan seorang perempuan.
4.tinggalkan link korang kat ruangan entry giveaway belog en.ZAIDI. :)
tarikh tutup:12/1/2011 pada 11.59 am.

nak tag:

btw,en.ZAIDI sy tak busuk auw saya wangi jee. hehe. :)

Selasa, 4 Januari 2011

sikap seorang MANUSIA

oke..
hari ini rasa nak marah saja.
sebab daa tak tahan sangat.
angin kus,kus daa turun naik.
YA ALLAH,ampunilah dosa hambamu ini. amin :)
now,aku tengah menulis entry ni pn kat dalam bus dalam perjalanan ke kuantan.
sebab ada hal yang perlu aku selesaikan.
yess~~ tadi masa dalam perjalanan before ke perhentian bus,
aku menaiki satu bus ni.
masyaallah,hanya aku sendiri yang merasai macam mana sakitnya hati aku time tu.
aku bertanyakan berapa harga tiket untuk ke larkin.
eh eh,uncle yang bawa bus ni boleh cakap tengking-tengking kat aku.
macam laa tak boleh cakap slow2 dengan aku time tuh.
semua orang tengok da berpandangan sesama.
time tu aku cuma terlupa harga tiket itu,
apa laa salahnya cakap baik-baik.
nasib aku boleh bersabar time tu,sebab aku fikir dia tu orang tua lagi tua dari aku.
aku hormatkan uncle tu.
kalau tak mungkin aku daa cakap direct depan tu jee.
tapi fikir depan orang ramai,aku abaikan.
aku terus keluarkan duit dari dompetku dan aku beri kepada uncle tu.
then aku terus berlalu menuju ke tempat duduk belakang.
tu laa manusia.
cakap baik2 je kot,tapi balas kat kita cakap menengking2 plus kasar pula tu.
grrr~~ damn!
harap aku tak jumpa uncle tuu lagi lepas ni.


p/s: masih boleh :)

ouh! header blog untuk NURUL ATIKAA

yesss~~ saya suka dengan hasil kerja saya!
cehh,berlagak sekejap.
kenapa erk??
hehe.
hari tu member aku si NURUL ATIKAA mintak tolong buatkan header untuk belog dia.
so0,aku try laa baik hati buatkan untuk dia.
saja je,boring2.
eh eh,nak tgok meyh sini cek tunjukkan.
tengok bawah sini..


*sila jeles sama header dia :)


yee,memang jeles pun.
sebab ada elmo tuuu background dia.
aku agak je minah ni minat inatang elmo tuh.
so0,buat laa.
haha,aku yang buatkan pun boleh jeles gak.
aha,tolong member2.
apa salahnya.
saja suka-suka.
oke,ika daa ciap ni.
NAH AMIK NIH UNTUK KAU TERSAYANG :)!
kalau tak cantik sorry tau. :)




p/s:jum jejak ke belog dia :)
*kalau ada sesiapa yg nak suh aku wat an header utk belog anda bole laa
shout kt sy,insyaallah kalau sempat sy buatkan. :)












Isnin, 3 Januari 2011

aku DAN kaca mata



eh eh eh,macam best je an.
memang best pn sebab ini adalah contest.
masa jalan2 tadi means kat dalam belog ke belog je laa.
terpikat kat 1 belog ini.
hensem+ala2 comel orang dia.
ahai,en.MOHD SYAFIQ.
nak try join 1st contest dia ni.
haha,mahu join and tahu syarat2nya click sini.


oke,en.MOHD SYAFIQ sila lihat pic saya yang hudus ini





kena tag 2 orang ea..
err~~ siapa erk??
sy tag semua FOLLOWER saya laaa.
jum join ramai2. :)

Sabtu, 1 Januari 2011

i fall in LOVE

eh eh eh,jangan fikir lain ea?
saya pn tak tahu.
tajuk entry yang agak menggedik sikit.
heeeeee,aku nga fall in love auww~~
dgn siapa??
eh eh eh,yg pasti bukan dengan seorang yang lelaki laa.
tetapi dengan....
apakah itu..


*eh eh kamu da buat sy jeles oke? iklan sekejap.
credit;google.


aku daa jatuh cinta dengan mende alah tu..
boleh tak belikan untuk aku?
tak boleh ea,tak pe laa aku beli sendiri yee.
trimas! heeeee.
btw,nga otw mendanakan sedikit pengorbanan untuk beli mende tu.
sebab minat dalam bidang photography ni. just for fun only!
cett~~ confirm ramai kan yang minat juga dengan DSLR ni.
sebab benda tu laa yang menjadi trend zaman sekarang.
memang tak dapat tak tandingi siapa yang tahu serba serbi DSLR ni lagi2 pada yang pro!



semalam aku ada usha belog sorang geng blogger aku~~
auww,siapa2 tengok mesti jatuh cinta laa.
sebab semua belog dia tu penuh dengan picture2 memang cantik sangat laa.
uh uh uh,jeles seyh. :)
nak usha click sini..
betul tak,cantik an. :)
dia ni photograher,suka ambil gambar.
dia kata ambil gambar just for fun.
haha,pada siapa2 yang nak ambil perkhidmatan penggambaran dengan dia boleh laa calling2 dia ni.
*promote ni. :)


de lagi tuh aku terpandang kat some side bar dia sebelah kanan,ternampak picture profile FB dia kalau tengok memang cool sangat2.



*sorry en.ARFENG ADIB. sy pinjam pic kamu sebentar yee. :)

style tak picture dia sama dengan ayah dia?
style an,like bapak borek anak rintik.
haha,memang makin jeles aku tengok pic dia ni.
aha,jangan marah yee en.ARFENG ADIB.


actually,pagi semalam kat FB aku ada berkenalan laa dengan dia.
nak tengok profile dia click sini.
sempat laa aku berchatting dengan dia pasal photography ni. :)
an EN.ARFENG ADIB :)


*sila click untuk tumbesaran itu penting!


memang hebat laa dia ni. eh eh,jangan puji lebih2 nanti kembang pulak dia. :)
haha..
btw,thanx en.ARFENG ADIB sebab bagi sedikit tunjuk ajar camne nak kembangkan
minat dalam mende ni. :)

last word he says:
great! all the best in achieving ur passion! :)

oke dude,i will!
jangan segan2 untuk berkongsi ilmu yeee. :)