CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

THE AWESOME MR & MRS BLOGGIE :)

Sabtu, 6 Ogos 2011

orang bukan agama ISLAM pun tahu, aku mendengarnya terkedu.

assalamualaikum, selamat pagi.
alhamdulillah, di pagi hari Allah masih memberi kita pinjaman untuk hidup di muka bumi ini dengan dapat berpuasa yang sudah masuk hari yang ke-6. semoga puasa kita diberkati dan segala amalan diterima. amin. :)

apa kena mengena dengan tajuk entry aku ' orang bukan agama ISLAM pun tahu, aku sendiri yang terMALU? ' . oke, semalam kat tempat kerja aku #jangan tanya aku kerja kat mana. ada sorang auntie ni aku kagum sangat dengan dia. yela, mana tidaknya aku boleh kagum dengan dia sebab dia sendiri pun tahu hormat orang islam yang sedang berpuasa. how to say? dia nak makan, nak minum siap nak makan sorok-sorok lagi semata-mata nak hormat orang yang sedang berpuasa. aku sendiri tengok pun termalu.

ada pula satu masa tu, dia rajin tanya
'selalu awak bangun sahur pukul berapa',
'tahan ke perut awak tak makan maa',

kekadang aunty tu sendiri yang nasihatkan kat orang yang tetiba sedang marah-2,
'eh, awak kan puasa. tak boleh marah-2 maa. nanti batal puasa awak'

ouhh, aku sendiri dengar malu beb! yelaa, kita mana laa boleh nak marah-2 time bulan puasa cenggini. nak tak nak kita kena laaa tahan marah kita tu dengan sabar. ni tak main pakai lepas jee marah kita tu memang yelaa batal puasa kita. tengok sendiri aunty tu sendiri pun tahu, yang kita ni apa tahu?

and ada lagi satu keadaan tu, de akak2 tempat kerja aku terlepas untuk nak bersahur(semalam), sebab tak sedar bunyi jam and bila daa lepas azan subuh dia tak sempat nak niat pada sebelumnya. akak ni cerita heboh bagitahu yang dia tak puasa hari tu dekat orang lain, kebetulan aunty tu ada di depan dia.

and aunty tu pun berkata,
'awak tak puasa ke? tak malu ke dengan orang yang berpuasa? kenapa awak tak bangun sahur? '
and akak tu terus terdiam sendiri. and aku pula yang kena tolong menjawabkan persoalan tu aunty tu.

haa! tahu pun malu sendiri.
kalau yee pun tak puasa, tak payah laa cerita segala bagai heboh. kan daa malu. pape pun aku sendiri salute dengan aunty tu. even dia bukan beragama ISLAM tapi dia tahu hormat orang, tahu apa itu puasa, dan pula juga dia tahu apa itu maksud dosa. haish,=,=.

p/s: kesian kat akak tu terkulat-kulat nak jawab soalan aunty tu. aku kat sebelahnya, hanya mampu tersenyum. jadi laa sebagai pengajaran. :)



Khamis, 4 Ogos 2011

teringat saat-2 berpuasa di perantauan

assalamualaikum, selamat pagi :).
auww, cuaca pada pagi khamis agak mendung hujan renyai-2. kalau layan tidur ni, mesti sampai esok pagi tak bangun. haha. alhamdulillah, daa masuk puasa hari yang ke-4 dalam bulan Ramadhan ni. semoga puasa kita sama-sama diberkati dan dirahmati. pejam celik, pejam celik sekejap jee nanti bulan Ramadhan berlalu tanapa kita sedari then raya. *memang no 1.

masa bulan-2 puasa cenggini, tetiba buat aku teringat saat-saat aku berpuasa di perantauan dulu aka berpuasa di tempat orang laaa. sumpah ! aku #rindu sangat nak berpuasa di tempat orang. dulu aku berpuasa di tempat orang, dapat laaa merasai berpuasa dengan kengkawan. apa lagi dengan budak-budak housemate aku sewaktu aku masih menjadi student lagi.

bangun awal-awal pagi, sahur sama-sama. lepas tu pergi kelas macam biasa,then lepas habis kelas kelas waktu petang terus pergi bazar Ramadhan dekat dengan sekitar kawasan rumah sewa dulu. time tu laa beli makanan semua ikut nafsu. nak makan itu,nak beli ini. hahai, mamcam-macam.


bila time berbuka, buka sama-2. last2, makanan yang dibeli tak habis sebab tamak haloba sangat.


huuu, rindu sesangat dengan semua tu. sekarang ni bila daa habis belajar, daa tak ada laa nak merasainya lagi. balik kampung, berpuasa dengan family jee laa.

p/s: masih rasa terngiang-ngiang akan masa itu ! :)


Selasa, 2 Ogos 2011

gathering blogger JB buat aku pengsan !

assalamualaikum, selamat pagi readers !
yeah ! macam biasa lama tak hupdate kerana line beberukband jenama Celcom kepunyaan aku nih terlalu cepat sangat sampai-2 buat aku hangin satu badan.

hari Ahad bersamaan 31/7/2011, aku sempat join gathering blogger JB bertempat di La Stella Water Themepark Starhill Golf & Country Club. yang dianjurkan oleh incik Taufan bin Ribut bersama blogger otai-2 JB yang lain.

1st time join event yang camni. serius aku cakap, memang the best gathering JB ni. terbaik sampai LEBAM weyh ! daripada aku menaip panjang lebar, baik korang cuci mata korang segala picture yang aku ciplak dari album group Johor Bloggers.



bila daa nampak air yang bagai memanggil-manggil untuk kami masuk berendam bagai badak air di dalam sumurnya, dengan gelojohnya mempersembahkan.


paling terbaik yang aku suka sangat antara segala picture ni



sebab incik Taufan bin Ribut macam auww,auww sekali pandang dari depan, kiri, kanan, atas, atas dan tak kira sisi lain. #maaf, cik topan sebab kelakar.

dah penat bermandi manda, diteruskan dengan ice breaking dan sesi berfoto2. semasa dalam ice breaking tu, baru laa geng2 JB berkenalan antara satu sama lain. berkongsi ilmu, tentang blog masing2 and the best dapat ilmu berblog dari blogger otai macam kak Mialiana.




dan memperkenalkan

geng kecantikan

geng kekacakkan

dan tuan punya blog anak kepada Puan Rahmah. *tempek sebesar sesuka hati.

credit to Incik Topan.

p/s: yeahh, gathering ni buat aku pengsan sebab aku daa kepenatan melampau laa ! aku rasa aku orang terakhir kot antara mereka yang post entry nih. :) terima kasih kalian, kalian adalah yang terbaik sampai LEBAM !

UPDATE !
p/s: korang juga boleh singgah membaca tentang gathering blogger JB menjelang puasa di blog blogger2 yang join click sini.

Khamis, 28 Julai 2011

eh eh, berani pula kau cari pasal dengan aku.

assalamualaikum, selamat malam.
last update, about Wordless Wednesday #WW. tu jee mampu aku buat. huwaa, idea berkepuk-kepuk macam habuk. haishh ! =,=

oke! tadi masa saat harimau malaya sedang memulakan pertarungan dengan sang singa, aku sempat mengupdate status sebentar di wall post aku.


tak sampai beberapa saat, daa ada yang like and komen kat wall aku.


haaa, antara banyak-banyak komen ada satu tetiba komen orang antarabangsa hendon tetiba mencelah komen kat post aku. baca laa apa yang aku daa highlight tu. boleh #mamat hendon tu mencelah masuk komen pasal team bola negara hendon dia tu pun sedang lawan bola gak. hoooooo dia. ingat bagus sangat ka? bikin panas sekejap jee aku tadi. haish, semak tetiba. entah apa-apa jee.

terus kena sound setepek dengan aku.


dia pula balas macam ni, berani betul.


note for mamat hendon : eee, tak heran laa dengan team negara kau tu. bangga sangat. aigoo~~ semak jee tetiba. lain kali nak update news bola kau, update kat wall kau sendiri. bukan kat wall aku. grr~~ trimas kasih ! #hamekk kau, daa kena block dengan aku.

p/s: sedikit kecewa dengan pasukan harimau malaya. pape pun, tetap berbangga ! :)



Rabu, 27 Julai 2011

WORDLESS WEDNESDAY #WW 7 | OMG ! nak cepat dapat penyakit.

assalamualaikum, selamat malam.
Wordless Wednesday telah bermula.
picture kali ini
.
.
.


Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


Rabu, 20 Julai 2011

WORDLESS WEDNESDAY #WW 6 | OMG !boleh gugur jantung berderai

assalamualaikum, selamat malam :)
sedikit terlambat untuk hari rabu ni.
bermula laa #WORDLESS WEDNESDAY.

picture kali ni.
.
.



Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

p/s: nak pergi situ lagi !


Sabtu, 16 Julai 2011

sekadar gurauan


assalamualaikum, hye readers.
selamat malam :)

"eh, dah lama aku tak jumpa kau laa. aku tengok kau ni daa semakin gemok laa macam bola bom nak meletup jeee. aku rasa budak yang sebelah kau tu lagi comel, kurus jee aku tengok. tak macam kau. haha. sorry laa. aku gurau jee. jangan laa amik hati. tak boleh gurau masuk surau laa beb."

haaa, daa baca ayat kat atas nun tu? agak-agak korang pernah kena tak kat diri sendiri dengan ayat cenggitu? pehhh, bukan main lagi denga ayat comel-comel tu. memang buat panas berapi jee kan. yeah! rileks laa beb. gurau jee tu. tak kan nak amik hati kot. memang tak boleh jenis nak bawak bergurau laaa.

mai sini nak bagitahu maksud sebenar gurauan tu menurut Kamus Dewan dan Pustaka membawa maksud kepada sindiran, cemuhan atau ejekan. kurang jelas? cehh, boleh tanya sama uncle google.

ahai, memang laa boleh bergurau. sebab dengan bergurau boleh mengeratkan sesama hubungan. right? tapi, haaa, de tapi lagi. tapi perlu awas ! nak bergurau itu bertempat. means biarlah kena pada tempatnya. contohnya, macam ayat kat atas tu.

woohoo, bagi orang yang bergurau tu memang anggap ala, sekadar gurau2 biasa jee pun. bukan ada maksud apa2. tapi cuba fikir balik, apakah perasaan orang dengan yang kita bergurau tu? pehh, makan dalam beb ! memang berbulu laaa telinga ni ditambah dengan berkepuk2 tahi telinga. mananya tak marah. memang kena sabar jee laaa.

gurau, gurau gak tapi before nak bergurau tu
*fikir2 laa dahulu.
*tengok keadaan sekeliling,
*tengok orang yang kita nak bergurau tu sama ada dia jenis sensitif, cepat terasa.
*modal nak bergurau tu bertapis-tapis.

kesemua kat atas tu memang penting sangat. lagi2 kalau kita bergurau dengan orang jenis sensitif and cepat terasa ni. susah woo ! *actually,kekadang aku cam tu gak. hihihi. susah nak dipujuk. hahai.jadi jaga-jagalah before nak bergurau tu. sebab ia boleh menimbulkan kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam. kan susah kalau daa jadi macam tu.

manusia memang tak lepas dari kesilapan. bila daaa terjadi macaam tu, cepat-cepat laa mintak maaf. jangan pula kita ketawakan dia sepuas-puasnya lepas daa bergurau tu. kalau dia jenis cool tak pe, nih tak alahai~~ pikir sendiri laa beb.

p/s: tak boleh gurau, masuk surau laa. hihihi. :)



Selasa, 12 Julai 2011

WORDLESS WEDNESDAY #WW 5 | OMG ! bapak borek, anak rintik.

assalamualaikum, entry sebelum masuk tidur.
selamat malam :)
weee, hari ni hari wednesday aka hari rabu.
bermula laa WORDLESS WEDNESDAY.
picture kali ni
.
.
.
.



p/s: auww, si comel ni. :)


Makan Angin | SINGAPORE PART 1

assalamualaikum, hye readers !
selamat malam :)

*rembat dari blog member. :)


amendenya picture kat atas tu dengan segala bagai. oke! dah ada passport, tiket masuk ke universal studio,tiket bus semua lengkap. apa lagi pergi Makan Angin laaa. kali ini ke Singapore esok pagi. doakan selamat pergi dan pulang. hihi. :)


p/s: mahu ole2? anda boleh request di sini. *hihi, acah jee. :)




Isnin, 11 Julai 2011

pernah terfikir tak | kenapa perempuan tak jadi posmen?

iklan semata-mata


assalamualaikum, hye readers!
selamat pagi.
mood berblogging aku kali ni baru nak muncul. kepala otak blurr, idea bertompok-tompok, sudahnya hancuss mood bila mahu menaip. haha, apa merepek? abaikan jee laaa. lets to our topic. aigoo~~

oke, semalam aku daapt soalan paling the best dari follower formspring. wanna to share with u'all. soalannya KENAPA PEREMPUAN TAK JADI POSMEN?

*bukti besar gedabak tapak gajah. :) hihi.


haaa, nampak apa aku jawab kat situ? haha,sebab nanti tak ada yang nak ngorat. kalau sebab asik kena usha jee, memang tak sampai laa surat tu. hihihi

tu jawapan paling sengal dari aku. aah an, kadang terfikir juga kenapa kat Malaysia ni tak ada perempuan yang tak nak jadi posmen. asyik-asyik lelaki jee yang jadi posmen. haha, aku siap berangan camne andai ada 1 orang perempuan dalam beribu beriban manusia dalam dunia jadi posmen? adakah anda terkejut beruk 100x langkah? haha.

eh eh, jangan pandang sebelah mata oke? ingat lelaki jee boleh jadi posmen, perempuan pun boleh laa. *dengan nada berlagak. ingat perempuan tak boleh hantar surat dari 1 rumah ke 1 rumah naik motor? confirm boleh jua, perempuan zaman moden sekarang ni pun boleh buat apa yang lelaki buat.

tapi mesti comel jeee

*sumber: google

ada gak komen-komen terhebat dari kengkawan fb aku cakap kalau perempuan jadi posmen confirm surat tak sampai-2 kat rumah. haha. tu pendapat mereka. layankan jee laaa.


p/s: aku nak jadi posmen 1st perempuan boleh tak? apa kata anda?

Rabu, 6 Julai 2011

WORDLESS WEDNESDAY / #WW 4 | OMG ! this is so ?

assalamualaikum, selamat malam :)
weee, hari ni hari wednesday aka hari rabu.
bermula laa #WORDLESS WEDNESDAY.
rabu lepas tak sempat nak join. :(
kali ni mahu join juga.
picture kali ni.
.
.
.
.
.
.




Wordless Wednesday : On Wednesday all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


p/s: lihat,perhati dan renungkan. kihkihkih. :)

Sabtu, 2 Julai 2011

"Ter...Pelanjat Boboi "

assalamualaikum, selaamt pagi :)
eh eh, ter......pelanjat boboi. hihihi.
Incik Zippo daa update segmen sini yang aku join hari itu. semuanya daa aku terjah mak aihh semua memang tak terkata senyuman dia, mampu senyum jeee sampai mak aku kata 'kau daa kenapa kak senyum sorang2,sewel?' haaaamikkk kau !

senyuman budak-budak kecik yang meleret-leret ni memang comel habis.

empunya sini : Alahai~~ tergoda i. :)

ala-ala baby Boboy Boi senyum tak ada gigi ni
empunya sini : hero comel khidmat pengurus rumah tanpa tangga Pn Aina dan En Mat P

senyuman tanpa kata-kata paling sesengal boleh koyak mulut
empunya sini

cecomel lote
empunya sini

senyuman paling menggoda sampai betul2 boleh buat nenek aku cakap "Ter...Pelanjat Boboi "
empunya sini : paling comel habis

p/s: aku? haha. korang tengok laa kat sini. haaa, baru eh eh, ter......pelanjat boboi. hihihi.


Jumaat, 1 Julai 2011

when u wake up, what the first thing u do?

assalamualaikum, hye semua.
selamat malam :)

manisnya kurma ni ! haaaa semputtt. *tiru ayat sepah kejap. hihi. seharian berblogjogging ke sana ke mari sampai kelajuan line tenet macam siput sesedut sangat membengangkan diri digagahkan jua.

oke, nak tanya ni selalu bila korang bangun tidur, apa selalu korang akan buat terlebih dahulu?

haha, korang de macam ni tak?
sumber: google.

kebiasaan aku selalu when i wake up, the first thing i do is check my phone. haaa, memang daa terlalu kebiasaan sangat2 laa dari dulu. kenapa? of course sebab tengok jam daa pukul berapa. sebab tak ada jam loceng.

selain tu konon-konon laa kot kot ada someone yang misscall or mesej kita. hihihi. sebab hobi aku bila nak tidur aku akan tukar mood kepada silent handphone!


haaa, bila daa macam ni memang harapan laa kalau aku nak perasan sesiapa yang call or mesej. time untuk beradu, janganlah kacau. hihihi. tapi tak kan aku sorang jee an, sah-sah gak korang macam ni juga an. kononnya nak mimpi indah tanpa diganggui oleh sesiapa. *sememangnya fakta.

lepas daa puas tengok check pape patut kat phone tu, baru laa terhegeh-hegeh nak kemas tempat tidur, gosok gigi, cuci muka,mandi, solat then sarapan and lakukan apa yang patut. tak gitu? huuu.

selepas tu baru laaa boleh senyum sampai ke telinga sebab dapat mesej 'selamat pagi cinta' dari yang tersayang.


p/s: kalau korang selalu bangun pagi, perkara pertama yang korang lakukan apa?


p/s: ada sesiapa tak yang terkena tipah tertipu dengan aku yang shoutbox dia de penjejak misteri 'siti nurhaliza'. sekali click jee rupanya blog PUAN RAHMAH DAUGHTERS punya kerja. hehe. aku saja jee tu nak testing, kasi gempak sikit. sebab aku belajar cara nak tinggkatkan trafik melalui shoumix dari blog sini. maaf yee pak2 ibu2. bukan selalu nak bergurau. peace ! :)








Khamis, 30 Jun 2011

SEGMEN | "SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA"

assalamualaikum, hye kawan-kawan. *auww,ayat gediks melampau,euwww.
hooo, join segmen lagi. suka bebenor join-join segmen ni. kali ni join segmen oleh Incik Zippo. huh, daa laa 1st segmen Incik Zippo hari tu tak dapat join, sebab line tenet macam 'demm'. sentap hati mak tahu Incik Zippo, tak dapat join hari itu. hihihih. kali ni tak mahu ketinggalan. *sudah kemerepekan melampau !

segmen ni adalah untuk merapatkan hubungan antara blogger2 yang lain, kalau bukan kita, siapa lagi yang nak menyokong blogger-blogger lain kan kan.

nak join untuk syarat-syaratnya click sini. Incik Zippo ini picture PRDSB mahu letak muka paling serabai !


*hambik kau muka macam mintak penampar sebelah kaki.

tag?

p/s :
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Senyum sampai LEBAM ! :)

Rabu, 29 Jun 2011

SEGMEN | AKU PILIH BLOG.............

entry sebelum masuk tidur. :)

assalamualaikum..


kenal header ni? hihihi, kali ni 1st time join segmen blogger WAN atau lebih dikenali PAK CEK BIOLA. mahu join boleh click sini.

kali ni aku pilih blog MARYA HANA

Harapan  MARYA  Hanya Impian

aku pilih blog dia sebab aku suka baca setiap satu entry yang dia update setiap hari. setiap satu entry dia mesti ada selit dengan picture muka beliau. sangat menarik perhatian. dia salah satu fevret blogger aku. suka sekali dengan tagline blog dia 'Harapan Maria Hanya Impian' . :)






ada jee orang yang macam ni.

asaalamualaikum, hye peeps !
selamat malam. :)
sudah lama tidak corat-mencoret kat sini, gara-gara line berukband yang sangat2 laa terlalu laju sampai tak boleh nak menghupdate beberapa hari ni. *cukup sekadar alasan semata-mata. ^^

aku kurang gemar laa dengan perangai manusia yang suka canang hal orang ke sana ke sini. err, baru jee dapat cerita yang kurang menyenangkan gegendang telinga aku ni. err, hope mereka akan dapat balasan satu hari nanti dan akan sedar sendiri apa yang mereka daa buat selama ni. masyaALLAH, tuhan jee laa yang tahu apa perasaan ni.

apa laa yang dapat sangat dengan sampaikan cerita memburukkan-burukkan hal orang ke sana ke mari. bukannya sorang dua tapi semua orang terlibat kena tempiasnya. apakah daa hebat sangat ka? bukannya dapat hasil. haish, ada jua manusia macam ni lagi.

bila daa menyampaikan, semua orang daa tahu sudahnya pergaduhan penyerangan berlaku. padahnya malu yang dapat. tutup laa muka dengan kain setebal mana pun, tetap tak dapat juga menutup muka yang daa malu tu.

lumrah manusia bila daa jadi macam ni. ada jee yang tak boleh nak tengok orang lain lebih dari mereka sendiri, mula laa tak puas hati. heboh sana, heboh sini. apa nak jadi?


p/s: ouh, dunia ~~ :)



Sabtu, 25 Jun 2011

FAKTA : 10 jenis RUMAH TERKECIL menarik sini !

assalamualaikum, hye peeps !
selamat petang.
bosan,bosan. sedih aku kempunan tak dapat makan nasi minyak kawan aku hari ni. heee, tak ada partner nak teman. hihihi. *muka nak mintak penumbuk lebam sebelah mata. daa, tak dapat pergi memerap lerh jee kat rumah. sob3. oke, daa stop intro tak berbayar. :)

straight to the point, jum tengok apa yang aku jumpa tadi. tadi tengah best2 cari info, terjumpa satu artikel ni 10 RUMAH TERKECIL DI DUNIA. huuu, comel2 jee rumah dia ni. ada gak orang buat rumah kecik2 ni, tapi cukup 1 orang jee laa duduk. kalau ramai-ramai mahu tak roboh rumah tu bhai. daa, jum usha !

#ECO HOME

ouhh, sangat kecil laa sangat. tapi mana laa bilik air dia erk?

#HERMIT'S CABIN

rumah ni ia hanya mempunyai satu katil bujang bilik dengan sebuah dapur.

#WILLIAMS CABIN

ia mempunyai sebuah dapur dan sebuah bilik mandi.

#POSH VILLA
rekaan rumah ni nampak mewah sikit.

#NARROW HOUSE

tinggi betul rumah ni. :)

#BOX HOME

rumah ni membentuk sebagai sebuah kotak

#TREE HOUSE

rumah ni juga mesra alam sekitar.

#TORONTO'S TINY HOUSE

ia kelihatan betul-betul comel

#THE WORLD'S NARROWEST HOUSE

rumah ni keluasan dia 1m jee mengembang ke arah sebahagian rumah belakang.

#HOUSE ON WHEELS

sesiapa yang berasa merindui kampung halaman, rumah ni yang sempurna untuk anda.

korang pilih mana satu? haha. kalau aku jenis kaki jalan, aku nak rumah #house on wheels tu. haha. tak payah nak risau rumah kena masuk perompak ke apa. dijamin selamat.

picture: www.fugox.com
p/s: nak rumah banglo sebiji 50 tingkat boleh? muahaha. :)


Jumaat, 24 Jun 2011

BEWARE ! sila baca ini !

assalamualaikum, hye peeps !
selamat pagi :)
alhamdulillah, blog aku daa kembali kepada sediakala. semalam blog ni jadi tunggang terbalik macam puting beliung digodek sama aku. gatal sangat tangan tekan entah pape sampai terpaksa diprivatekan sementara atas sebab-sebab tertentu. padan muka aku. *nada saja nak menunjukkan muka simpati. lupakan !

oke, tadi aku check emel aku. tetiba aku dapat 1 emel dari kawan aku. aku rasa mybe de yang daa tahu. tapi bagi aku tak salah untuk share antara sesama blogger dengan orang di luar sana. sekadar sebagai pengetahuan untuk diambil perhatian sesama manusia dan diri sendiri.

korang baca sini.

AWAS- LELAKI MENYAMAR JADI PEKERJA TNB

BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.


“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.


“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.


Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.


“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.


Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.


Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.


“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.


“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.


Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.


AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA

Bird Cake - Just to share.

Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah) .


Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.

ni hasil laporan


*click untuk tumbesaran :)

news ni pun sumber dari :KedahLanie


p/s: macam-macam hal berlaku sekarang. oh ! dunia.